Siakap Keli
Gambar Hiasan

‘Malay Street’ Mercu Tanda Bangsa Melayu Di Sri Lanka, Ini Buktinya

Percaya atau tidak, kehidupan masyarakat keturunan Melayu masih ada di Sri Lanka pada dulunya Ceylon. Ingatkah lagi tentang sejarah yang berkaitan Melayu dan Ceylon? Dahulunya pada era revolusi yang pertama sangat terkenal dengan masyarakat maritim iaitu menjadi salah satu kepulaun rempah ratus setelah Portugal dapat menawan Tanah Melayu.

Jika anda pernah menjejak kaki di Sri Lanka, pasti anda akan terpandang satu papan tanda menulis ‘Malay Street’. Hal ini jelas membuktikan kewujudan bangsa Melayu pada kurun yang lalu di negara tersebut. Selain daripada bangsa Tamil dan Sinhalese, bangsa Melayu juga menjadi salah satu kaum di Sri Lanka.

Dikatakan sehingga sekarang bahasa Melayu masih digunakan oleh segelintir masyarakat Melayu di sana cuma cara mereka bercakap berbunyi slang Tamil dan Melayu.  Jadi tidak sukarlah untuk bertemu kaum Melayu di sana.

Keluarga kaum Melayu di sini ada campuran genetik ibu bapa antara Melayu dan Sri Lanka. Mereka juga mengekalkan pakaian Melayu iaitu perempuan berbaju kurung dan lelaki berbaju melayu. Boleh dilihat kaum lelaki berbaju melayu ketika mengerjakan solat Jumaat. 

Walaupun begitu mereka masih mengamalkan cara budaya Melayu dan bahasa Melayu juga menjadi bahasa rasmi di situ. Bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Sri Lanka dan Sinhala juga menjadi satu kemahiran pertuturan kaum ini. 

Pada waktu zaman penjajahan Belanda ingin mengulingkan pentadbiran Portugis, ramai daripada bangsa Melayu dan Jawa dibawa ke Sri Lanka atas urusan kerja, kebanyakkan daripada mereka adalah askar yang di tukar ke Sri Lanka atas perintah Belanda. Dari sinilah bermulalah penempatan kekal oleh bangsa Melayu dan Jawa.

Selain itu, agama mereka tetap Islam. Bangsa Melayu pada hari ini lebih rapat dan jelas dengan agama Islam daripada sebelumnya.  Mereka tinggal di daerah Colombo, Kandy, Hambantota dan Badulla. Mereka dianggap masyarakat ini sebagai kaum kelas menengah, kaya dan pandai berbahasa Inggeris.

Namun, itu hanyalah tanggapan kepada kaum Melayu yang tinggal di bandar. Secara amnya mereka lebih suka tinggal di luar bandar dan terlibat dengan aktiviti kecil seperti nelayan an tukang masak kerana majoritinya adalah Muslim.

Peradaban Melayu tidak akan dilupakan dengan begitu saja kerana di setiap pelusuk negara mempunyai kaum Melayu yang masih mengekalkan adat budaya Melayu salah satunya di Sri Lanka.

Sumber:

  1. http://lankapura.com/2009/04/sri-lankan-malays-ceylon-1880-1890/
  2. http://sites.rootsweb.com/~lkawgw/malays1.htm
  3. http://www.mabolemalay.com/About%20Sl%20Malays.html
  4. https://www.britannica.com/place/Sri-Lanka/History

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang