Siakap Keli
Gambar Mee Hiasan

Kejam, Dah Bunuh, Kisar Pula Daging Mangsa Letak Dalam Mee Jamu Pelangan Makan

Pelanggan di sebuah kedai makan vegetarian di Bangkok, Thailand pada mulanya terkejut apabila menemui daging kisar dalam hidangan mee yang dipesan oleh mereka, lalu membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan.

Tetapi apa yang ditemui semasa pihak berkuasa membuat pemeriksaan ternyata lebih mengejutkan.

Gambar : The Nation/The Nation/Asia News Network

Rupa-rupanya, daging kisar yang terdapat dalam hidangan itu adalah daging manusia, bukannya daging khinzir atau lembu. Seram dan menjijikkan!

Semasa pihak polis menyerbu kedai makan tersebut, mereka mendapati dapur kedai itu penuh dengan percikan darah dan di lantainya pula terdapat beberapa cebisan daging manusia.

Gambar : Asia One/Oriental Daily

Pemeriksaan lanjut di premis tersebut akhirnya menemui mayat seorang warga emas berusia 61 tahun yang dibuang dalam tangki septik.

Mangsa, Prasit Inpathom, merupakan pelanggan tetap di kedai itu dan kali terakhir dilihat berada di kedai itu pada 21 Oktober lalu.

Gambar : komchadluek

Menurut laporan media tempatan, Prasit mengalami kecederaan parah ketika bergaduh dengan pemilik kedai itu. Mangsa telah dipukul di bahagian kepala dengan objek tumpul dan terdapat beberapa kesan tikaman di badannya.

Gambar : Asia One/The Nation/Asia News Network

Siasatan mendapati, suspek cuba melupuskan mayat bagi menghapuskan bukti dengan cara memasak daging mangsa sedikit demi sedikit dan menghidangkan kepada pelanggannya.

Polis kini sedang dalam usaha memburu suspek.

Sumber : Asia One

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.