Siakap Keli

Tan Sri Musa Aman Ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berhubung siasatan kes rasuah setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara, hari ini.

Penahanan itu dibuat pada jam 10.05 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Susulan itu, Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

Musa akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 November 2018, jam 2.00 petang ini untuk pertuduhan tersebut.

Nur Farra