Siakap Keli
Gambar : IDN Times/traveldevotion.com

Penduduk Tak Boleh Berambut Panjang, Orang Luar Dilarang Mengunjungi Sebuah Pulau Di Hawaii Ini

Sebut sahaja Hawaii, pasti kita terbayang keindahan pulau dan pantainya yang memukau. Negeri Hawaii merupakan sebuah negeri sebahagian dari Amerika Syarikat yang mempunyai 7 buah pulau. Honolulu ialah ibu negeri semua kepulauan Hawaii yang dibanjiri pelancong dari seluruh dunia. Namun, di sebalik semua keindahan pulaunya, tahukah anda Hawaii juga memiliki sebuah pulau yang terlarang? Namanya Pulau Niihau. Berikut merupakan 5 fakta mengenai pulau ini.

1. Orang bukan asli Hawaii tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke sini

Gambar : IDN Times/hawaii.com

Dikenali sebagai pulau terlarang, bukan bererti pulau ini menyeramkan. Tetapi difahamkan, orang bukan asli Hawaii tidak dibenarkan menjejakkan kaki mereka ke pulau ini. Akses perjalanan untuk sampai ke sini juga sulit.

2. Pulau ini dimiliki oleh sebuah keluarga lebih dari 150 tahun

Gambar : IDN Times/keywordsuggest.org

Pada 1864, Raja Kamehameha V menjual pulau ini kepada keturunan keluarga Robinson, iaitu Keluarga Sinclair dengan harga US$ 10 ribu. Saat itu, transaksi jual beli menggunakan emas. Seterusnya, Pulau Niihau diwariskan kepada keluarga Robinson secara turun menurun.

3. Pulau ini terpisah dengan dunia luar

Gambar : IDN Times/denverpost.com

Walaupun pulau ini hanya berjarak 27 kilometer dari Kauai, tetapi tetap ia terasing dari dunia luar. Yang dibolehkan mengunjungi pulau ini hanya keturunan keluarga Robinson dan penduduk Niihau. Niihauans dibolehkan pergi ke luar pulau dan kembali lagi. Jumlah penduduk di sini juga hanya kurang dari 200 orang.

4. Pulau ini tidak memiliki jalan raya, kereta, kedai, dan internet

Gambar : IDN Times/traveldevotion.com

Di pulau ini, penduduknya selalu berjalan kaki. Mereka hidup dengan alam. Jadi tidak hairan, lebih banyak jejak kaki haiwan liar dibanding manusia. Bayngkan jika kita tinggal di sini tanpa kemudahan semua ini?

5. Penduduknya tidak boleh memiliki rambut panjang

Gambar Hiasan

Generasi keluarga Robinson masih menjunjung aturan-aturan yang dibuat dar keturunannya. Penduduk Niihau harus mematuhi aturan tersebut. Salah satunya tak boleh memiliki rambut panjang, memakai anting-anting, tak boleh membawa alkohol, dan senjata tajam. Jika mereka melanggar, hukumannya akan diusir dari pulau ini.

Sumber : IDN Times 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.