Siakap Keli
Gambar Hiasan

Mesir Nafi Dakwaan Tenteranya Tembak Dan Bunuh Nelayan Palestin

Mesir menafikan dakwaan kerajaan Palestin bahawa tenteranya melepaskan tembakan ke arah sebuah bot dan membunuh seorang nelayan dalam kejadian yang berlaku di Gaza.

Menurut laporan portal antarabangsa, Mesir didakwa bertindak demikian kerana bot nelayan berkenaan telah menceroboh sempadan perairan  negaranya.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku pada Rabu ketika hari senja di sempadan perairan selatan Rafah, wilayah ditadbir kerajaan yang setia kepada pergerakkan politik Hamas.

”Kapal tentera laut Mesir melepaskan tembakkan ke arah bot nelayan di sempadan laut Gaza. Tembakan berkenaan telah menyebabkan seorang nelayan, Mustafa Abu Odah, 30, terkorban,” kata jurucakap kerajaan tempatan di Rafah.

Nelayan-nelayan daripada Palestin ketika ini berhadapan dengan kepungan daripada Israel yang membuat sekatan sama ada di sempadan darat mahupun air. Malah, nelayan-nelayan Palestin hanya dibenarkan keluar menangkap ikan pada jarak 9 batu nautikal daripada pantai sahaja.

Selain itu, sekurang-kurang 200 orang warga Palestin dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan telahpun terkorban menjadi mangsa tembakkan senyap tentera Israel ketika menyertai protes ‘Great Return March’ bagi menuntut Israel menarik semula kepungan yang sudah berlarutan beberapa tahun.

Mesir ketika ini sedang berusaha meredakan ketegangan diantara Palestin dengan Israel di wilayah berkenaan.

Sumber : The New York Times

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.