Siakap Keli

“Tindakan Mahkamah Suruh Bayar RM100 Ribu Kepada Skop Productions Buat Saya Tersentak,” Penyebar Filem Munafik 2 Mohon Maaf, Nyata Rasa Kesal

Semalam pengarah filem Munafik 2, Syamsul Yusof mengeluarkan kenyataan melalui laman Instagram miliknya memberitahu bahawa Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda kepada penyebar filem itu dengan ganti rugi sebanyak RM100,000.

Artikel: 

“Saya Dah Warning Tapi Degil,” Mahkamah Jatuh Denda RM100,000 Kepada Pesalah Sebar Munafik 2 Secara Haram

Munafik 2 mula ditayangkan pada Ogos lalu dengan kutipan tertinggi sebanyak RM40 juta dalam masa 17 hari telah mendapat perhatian orang ramai termasuk mereka yang tidak bertanggungjawab ‘mencuri’ dan memuat naik secara haram di platform media yang lain.

Susulan isu ini, individu yang telah dikenakan hukuman tersebut memuat naik satu status Facebook miliknya dengan permohonan maaf secara terbuka dan telah dikongsi melalui ‘group’ Facebook Movie Addict.

Diharapkan perkara ini dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain agar tidak sama sekali melanggar hak cipta bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan kepada pesalah.

Nur Farra