Siakap Keli
Gambar : Bernama

Kabinet Baru Enam Bulan, Saya Belum Pertimbangkan Rombakan – Tun Mahathir

Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau belum mempertimbangkan untuk untuk melakukan rombakan pada Kabinet yang baru berusia enam bulan.

Mohamad berkata beliau belum mempertimbangkan untuk melakukan rombakan pada Kabinet yang baru berusia enam bulan.

Pengerusi Pakatan Harapan itu ditanya tentang kemungkinan Kabinet dirombak berikutan PKR, satu daripada parti komponen dalam pakatan itu, baru selesai mengadakan pemilihan jawatan dalam parti.

“Saya tidak akan melakukannya (rombakan), tetapi Pakatan Harapan mungkin mahu. Mereka mungkin mahu, mereka mungkin desak. Jadi, saya perlu pertimbangkan. Bagaimanapun bagi diri saya,  saya belum buat keputusan berkaitan rombakan,” katanya di akhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Singapura semalam.

Ditanya ‘siapa’ yang mereka maksudkan itu, Dr Mahathir berkata : “Mereka adalah parti lain. PKR atau DAP atau AMANAH.”

“Adalah sukar untuk menilai prestasi menteri Kabinet. Saya tidak mahu melakukan pertukaran kerana ia membawa kepada kurang keyakinan,” katanya.

Oleh sebab timbul kebimbangan tentang prestasi sesetengah menteri,  Dr Mahathir berkata mereka akan diberi peluang.

“Mereka masih baharu dan kami perlu berbincang dengan mereka. Saya mesti aki bahawa mereka tidak biasa berada dalam kerajaan. Mereka lebih biasa dengan keadaan sebagai pembangkang. Jadi, ada antara perkara yang mereka lakukan mencerminkan kedudukan mereka sebagai pembangkang.”

Ditanya selama mana beliau bersedia memberi mereka masa, Dr Mahathir berkata : “Saya tidak pasti.”

Sumber : Bernama

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di