Siakap Keli

MAHA 2018 Umpama Syurga Makanan, 2 Tahun Sekali Je, Rugi Besar Kalau Korang Tak Jejakkan Kaki

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA2018) kini kembali lagi menggegarkan negara. Acara dwi tahunan yang kini sedang berlangsung di Maeps, Serdang sehingga 2 Disember depan dikatakan menampilkan kelainan baru dari tahun sebelumnya. Korang dah pergi ke? Dengar cerita memang gempak sampai sasar 3.5 juta pengunjung, fuhh.

Kalau sebut pameran inovasi terkini dalam industri pertanian mungkin tidak asing lagi bagi MAHA. Tetapi, kali ini penganjuran MAHA 2018 dikatakan umpama ‘syurga makanan’ dengan pelbagai ratusan hidangan yang disajikan kepada pengunjung. Itu belum termasuk puluhan foodtruck dengan aneka makanan dan minuman yang mengiurkan. Sila bertenang, kerana kami yakin kaki makan macam kami dah rasa tak sabar nak terjah MAHA 2018 kali ini.

Sebelum tu, ini apa yang perlu korang tahu supaya tak sesat dalam kawasan 125 hektar. MAHA 2018 terbahagi kepada ruang pameran dalaman dan luar. Di ruang pameran dalam dewan, saiznya seluas 40,000 meter persegi atau enam kali ganda keluasan padang bola! Ianya dibahagikan kepada enam kluster pameran termasuk Agro Kulinari, Agro Pelancongan, Agro Belia, Agro Teknologi, Produk Asas Tani dan Jualan serta Agro Makanan.

Manakala bagi pameran membabitkan luar dewan pula dibahagikan kepada tujuh laman iaitu Laman Padi, Laman Ternakan, Laman Perikanan, Laman Nanas, Laman Herba dan Sayur, Laman Florikultur serta Laman Mekanisasi, Automasi dan Teknologi.

Jom kita tengok 6 ‘highlight’ atau tarikan utama di MAHA 2018 yang buat kami gigil dan tak sabar nak jejakkan kaki. Nak tahu mana syurga atau lubuk makanan selama 11 hari? Baca perkongsian ini.

1) 501 Empayar Makanan Dari 14 Negeri

Mengangkat tema #makananmenyatukan kita, 14 negeri bergabung dalam menyediakan 501 menu makanan kepada pengunjung dalam satu Empayar Makanan di Maha 2018. Bayangkan, himpunan menu kali ini 3 kali ganda berbanding penganjurannya 2 tahun lepas.

Berkonsepkan Cinta Rasa Malaysia, kesemua hidangan ini dipecahkan pula kepada 4 konsep iaitu Nostalgic, Hispter, Viralicious dan Foodgasm dalam 95 lot gerai yang dibuka.

Contoh lah,  kalau korang teringin makan makanan warisan asli mana-mana negeri seperti nasi kerabu dari Kelantan atau asam pedas dari Melaka, pergi sahaja ke lot gerai Nostalgic. Rasa nak cuba makanan hispter seperti Burger T-rex dari Perak sampai ke makanan viral dan pelik pun ada.

Tak puas lagi, boleh berkunjung ke lot foodgasm, kami gerenti di sini makanan yang dijual menjanjikan kepuasan dari segi rasa dan rupa. Pendek kata, untuk kaki makan macam kami sehari tak cukup!

2) Gerbang Foodtruck Dengan 201 Jenis Makanan Dan Minuman

Kalau tadi Empayar Makanan buat korang rambang mata dengan ratusan jenis hidangan, Gerbang Food Truck dengan konsep ruang makan terbuka pula port terbaik untuk korang makan sambil istirehat dan bersantai.

Sebanyak 49 buah deretan food truck dihimpunkan bersama 201 aneka pilihan minuman dan makanan demi kepuasan pengunjung yang datang. Di Gerbang Food Truck, pembelian tanpa tunai pun boleh, guna je QR Pay untuk buat bayaran, mudah betul!

Sambil lepak dan menikmati makanan rasanya tak cukup. MAHA 2018 belanja korang pula dengan lagu-lagu dari live buskers untuk jadikan korang lebih berselera. Memang sempoi habis, datang pula waktu malam, kemeriahan lampu warna-warni akan menghiasai pintu gerbang.

Paling penting, jangan lupa ambil gambar kenangan korang di phootoboth yang disediakan tau dengan hashtag #gerbangfoodtruck #layparksinimakansini #maha2018 !

3) Castle of Fruit

Dah habis makan, jom kita pergi ke ‘Castle of Fruit’ MAHA 2018. Mesti korang tertanya-tanya, kenapa ianya digelar castle atau istana, besar sangat ke dalam tu? Ha, kalau korang nak tahu, di Castle of Fruit sahaja mempunyai sebanyak 100 lot gerai dengan 11,111 varieti pokok buah-buahan, sayuran, tanaman pelbagai, ulam-ulaman, herba dan bunga-bungaan.

Semuanya Jualan Terus Dari Ladang, rugi kalau korang  tak datang dan pilih sendiri buah-buahan dan sayuran yang segar untuk dibawa balik! Kami geram rasa macam nak beli semua!

Tapi semua tu tak cukup selagi tak ada jualan istimewa atau diskaun betul tak? Ini lah masanya bagi ibu-ibu untuk tambah koleksi pelbagai tanaman di rumah kerana boleh jimat 5% hingga 20% harga dari kebiasaan jika berbelanja di Castle of Fruit terutamanya pada waktu happy hour.

Itu belum termasuk pemberian percuma pokok, baja dan pelbagai barangan lain oleh peniaga. Pendek kata, pengunjung yang datang akan mendapat harga yang berpatutan di samping melihat sendiri keunikan keluaran pertanian tempatan.

4) Coconut Street ”Fruit of the event”

Kelainan dalam MAHA 2018 kali ini apabila buah kelapa diangkat sebagai ‘fruit of the event.’ Kepelbagaian hasil kelapa dan rantaian kegunaan pokok ini secara keseluruhan dari akar hingga ke pucuk akan ditunjukkan. Korang pasti terpegun dengan 1001 kegunaan kelapa sebagai tanaman seribu guna, ada di antaranya yang tidak pernah kita jangka pun!

Antaranya sebagai produk kosmetik, ubat-ubatan dan kraftangan. Tak cukup dengan tu, ada juga demonstrasi masakan oleh artis seperti Sheila Rusly dan chef terkenal seperti Chef Zam dan Dato Dr. Fazly untuk menghiburkan pengunjung. Rebut peluang ini, bila lagi mak-mak nak berhibur sambil belajar memasak secara live dengan chef terkenal!

Kami paling teruja sekali nak tengok demonstrasi “Melaka Flying Coconut Balls”, kalau nak tahu apa, korang kena datang ke Coconut Street MAHA 2018 dan tengok sendiri kerana tidak ada di tempat lain!

5) Butik Agromas

Agromas dengan tagline ”sentiasa di dapur anda” tidak asing lagi sebagai satu jenama yang dibangunkan oleh FAMA. Tanpa ragu lagi, produk makanan oleh usahawan bumiputera ini dijamin halal dan berkualiti tinggi. MAHA 2018, adalah tempat terbaik untuk korang mendapatkan 90 jenis pilihan produk Agromas dengan harga PROMOSI.

Bukan tu je, pengunjung juga boleh juga menguji rasa produk baru dan terlaris di pasaran seperti pes makanan, mee goreng, mee kuah kari, biskut, kaya, jem dan bermacam-macam lagi. Konsep dia kalau anda puas hati, baru beli! Memang terbaik!

6) AgroBazaar Online Pavilion 

Agrobazaar Online dengan lebih 159 Produk Premium Seller pula menawarkan sehingga 50% diskaun daripada harga pasaran kepada pengunjung. Di sini, korang akan dipamerkan dengan cara menggunakan aplikasi Portal AgroBazaar Online dan boleh mencuba sendiri membuat pembelian.

Jangan lepaskan peluang ini kerana langkah pembelian sangat mudah, berbaloi dengan pulangan produk yang didapati dengan harga jauh lebih murah. Rambang mata kami tengok promosi macam ni!

Dalam program offline pula, salah satu aktiviti adalah cabutan bertuah yang menanti pengujung dengan nilai keseluruhan RM10,000 sekiranya melakukan pembelian minima RM50 melalui aplikasi AgroBazaar Online.

Pelbagai hadiah menarik akan diberikan kepada pengunjung selain Baucar RM2 yang boleh ditebus guna di Empayar Makanan dan kedai milik FAMA. Semudah selfie, like dan share pun dapat hadiah misteri tau, memang best!

Jadi tunggu apa lagi? Jom serbu MAHA 2018 sekarang juga atau layari Laman Sosial Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jangan lupa hashtag #maha2018 #famadihatirakyat! Kita jumpa di sana!

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.