Siakap Keli

(Video)Penjelasan Polis Mengenai Insiden Pergaduhan Dua Kumpulan Di Kuil Sri Mariammam Pagi Tadi

Satu kejadian kekecohan membabitkan pertembungan dua buah kumpulan berlaku sekitar Subuh tadi di kawasan Kuil Sri Mariammam, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman facebook Polis Subang Jaya, insiden berkenaan berlaku disebabkan salah faham antara dua buah kumpulan di lokasi kejadian.

”Pergaduhan antara dua kumpulan telah berlaku di dalam kawasan Kuil Sri Mariammam, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya. Punca kejadian adalah perselisihan faham tentang isu perpindahan Kuil.

”Setelah menerima laporan, semua elemen Polis telah sampai di kawasan Kuil bagi memastikan keadaan terkawal tanpa sebarang rusuhan berlaku. Polis akan melaksanakan tugasan mengikut peruntukan undang-undang bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam semasa proses pemindahan kuil,” kata kenyataan itu lagi.

Justeru, pihak polis menasihatkan orang awam supaya bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang. Beberapa klip video situasi pertembungan dua kumpulan awal pagi tadi turut tular di media sosial.

Mengikut laporan akhbar tempatan, kuil berkenaan yang sudah berusia lebih 140 tahun telah diarahkan oleh mahkamah untuk dipindahkan selain pihak pemaju, One City yang membeli tanah berkenaan untuk dimajukan sudahpun membayar wang pampasan bernilai RM 1.5 juta.

BACA : Kuil : Waytha Moorthy Minta Rakyat Bertenang

BACA : Kuil: Tujuh Lelaki Ditahan, Ketua Polis Selangor Jamin Siasatan Agresif

Sumber : Polis Daerah Subang Jaya

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.