Siakap Keli

El Nino 2019 Bermula Disember Sehingga Februari 2019, Cetus Cuaca ‘Ganas’ Kali Ini

Pertubuhan Meteorologi Dunia PBB telah mengesahkan terdapat kemungkinan 75-80% peristiwa “El Niño” dalam tempoh tiga bulan akan datang.

El Nino merupakan fenomena iklim semula jadi yang berlaku setiap beberapa tahun dan menyebabkan suhu laut di Lautan Pasifik tropika meningkat.

Fenomena cuaca ekstrim ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap cuaca di seluruh dunia, membawa kemarau ke tempat yang biasanya lembap seperti di bahagian Australia.

Menurut WMO, El Nino akan memulakan gerakannya pada Disember ini sehingga Februari 2019 dengan kesan perubahan cuaca sebanyak 80% dan 60% menjelang April 2019.

Kedatangan fenomena ini memberi kesan terhadap taburan hujan, corok dan suhu banyak kawasan sehingga mempengaruhi pertanian, pengurusan air dan kesihatan orang awam.

Sumber: Daily Star

Nur Farra