Siakap Keli

Merokok Dalam Stadium, Syed Saddiq Setuju Paparkan Wajah Perokok Di Skrin Besar

Menteri Belia Dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersetuju atas cadangan yang diutarakan supaya perokok yang merokok di dalam stadium gambarnya dipaparkan di skrin besar.

Cadangan itu disampaikan oleh salah seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Encik Iswan pada entri terbaru Stadium Malaysia yang memuat naik gambar seseorang yang sedang merokok di dalam Stadium Bukit Jalil walaupun sudah dinyatakan di skrin besar bahawa di dalam stadium adalah zon larangan merokok.

“Kepada Menteri , Tuan Dicadangkan supaya ditunjukkan muka perokok tegar kat skrin gergasi. Buat sekali pengumuman amaran direct kepada perokok tegar yang degil nauzubillah tu. Stadium adalah zon bebas rokok.” kata Encik Iswan menerusi laman Twitternya.

Tanpa diduga, Syed Saddiq membalas cadangan itu dengan positif dan menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan cadangan itu agar perokok-perokok yang merokok di dalam stadium sedar dan menghormati orang lain yang tidak merokok terutamanya wanita dan kanak-kanak.

“Saya setuju. Akan usahakan untuk perlawanan yang akan datang. Tolong hormati hak orang lain untuk tidak mati awal kerana 2nd hand smoke,” balas Syed Saddiq.

Cadangan ini menjadi tular selepas perlawanan antara Malaysia dan Thailand dalam kempen AFF Suzuki 2018 yang berlangsung pada hari Sabtu yang lepas.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)