Siakap Keli
Gambar Hiasan

6 Jenis Bunga Ini Amat Berharga Bukan Kerana Haruman Tetapi Khasiatnya

Wanita di dalam dunia ini semuanya sukakan bunga walau tidaklah terlalu fanatik dengan bunga tetapi ada juga secebis perasan untuk sukakan bunga. Bunga bagi wanita adalah diri seseorang itu.

Tapi terbalik pula dengan SK kali ini, kerana bukan untuk bercerita tentang bunga wangian tetapi bunga yang boleh di makan dan mempunyai banyak khasiat kesihatan.

Bagi sesetengah keluarga yang suka akan ulam-ulaman pasti mereka sudah lama kenali jenis-jenis bunga ini sebagai diet tambahan. Bunga ini bukan sahaja boleh direbus, malah boleh tumis, sup dan makan mentah begitu sahaja.

  • Bunga Radish

Bunga ini mempunyai rasa yang agak pedas seperti cili. Bunga ini selalu digunakan sebagai gantian kepada cili. Ia sangat sesuai untuk dicampurkan dengan salad.

  • Bunga Geti

Bentuk bunga ini seperti bulan sabit kerana rupanya tidak seperti bunga yang mekar. Warnanya putih dan kemerahan. Bunga ini selalunya akan dimasak lemak santan, sambal tumis dan boleh dicampurkan dalam pecal atau gado-gado.

  • Bunga Ros/Mawar

Bunga ini bukan sahaja cantik malah baunya yang wangi membuatkan semua orang rasa sayang jika dibuat sebagai makanan. Tetapi di Indonesia, bunga mawar digunakan sebagai bahan minuman kesihatan untuk menyembuhkan hati dan usus terutamanya dalam hal buang air besar.

  • Bunga Chrysanthemum

Minuman yang dibuat daripada bunga ini diberi nama air teh bunga yang lazat dihidangkan pada waktu panas terik. Bunga ini juga boleh membantu pesakit untuk merawak selsema, demam, sakit kepala dan darah tinggi. Air rebusan bunga ini juga boleh merawat sakit mata akibat pencemaran.

  • Bunga Matahari

Bunga matahari bukan sahaja terkenal dengan bijih kuacinya tetapi juga khasiatnya dalam mengurangkan kesakitan sengugut haid dan ulser. Ia juga boleh menghilangkan tonsilitis dengan hanya berkumur dengan cairan yang dhasilkan melalui bunga ini. Daun bunga ini dapat menyembuhkan luka daripada terkena jangkitan.

  • Bunga Lilac

Lilacs boleh dimanfaatkan untuk membuat tonik yang mengurangkan demam dan menghilangkan parasit dalaman. Luka terbakar atau luka kulit ditenangkan dan sembuh dengan baik apabila pes atau gel yang dibuat dari ungu digunakan.

 

Sumber;

  1. https://www.proflowers.com/blog/medicinal-flowers-and-uses
  2. https://www.msn.com/id-id/berita/other/20-bunga-yang-bisa-dimakan/ss-CCe3eu#image=21
  3. https://resepkoki.id/8-jenis-bunga-yang-bisa-dimakan-dan-dicampurkan-dalam-masakan/
  4. https://wolipop.detik.com/health-and-diet/d-1799147/6-jenis-bunga–manfaatnya-untuk-kesehatan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang