Siakap Keli
Gambar : Facebook

Gara-Gara Guna Telefon Yang Sedang Dicas, Remaja Maut Terkena Renjatan Eletrik

Tular di media sosial, seorang remaja meninggal dunia gara-gara terkena renjatan eletrik melalui telefon yang dicas di rumahnya di Pedas Gaing Baru, Rembau, Negeri Sembilan semalam.

Mangsa yang berusia 16 tahun, ditemui kira-kira jam 12.45 tengahari oleh ibunya dalam keadaan tertiarap di lantai bilik tidur.

Memetik Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam menerusi portal media tempatan sebagai berkata, ibu mangsa mendapati anaknya tidak bergerak dan seluruh badan dalam keadaan sejuk ketika cuba mengejutkannya selepas pulang dari kerja.

Menurut laporan, tiada kesan lebam atau luka yang dijumpai tetapi melalui gambar yang tular, kelihatan kesan darah di telinga sebelah kiri mangsa.

Gambar : Facebook
Gambar : Facebook

Pemeriksaan mendapati fon telinga masih terpasang di telinga kiri mangsa dan terdapat kesan terbakar malah telefon bimbit itu pula dalam keadaan sedang dicas berhampiran mangsa.

Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.