Siakap Keli

Mahu Mudahkan Mereka Yang Sakit, ‘Uncle Kentang’ Luaskan Bantuan Percuma Ke Sabah Sarawak Tolong Pesakit Kanser

Kuan Chee Heng, atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ seorang aktivis sosial dengan kerja-kerja sukarelawannya membuatkan ramai diantara rakyat Malaysia mengagumi nilai murni yang diterapkan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Antara bantuan ataupun inisiatif yang dijalankan Uncle Kentang adalah seperti perkhidmatan van jenazah, ambulan, teksi serta keperluan makanan lain dengan kadar bayaran hanya dari 10 sen.

Selain itu, baru-baru ini, Uncle Kentang berkongsi menerusi laman Facebook miliknya khas buat orang Sabah dan Sarawak untuk menyediakan kemudahan membuat rawatan percuma bagi pesakit kanser.

SILA MAKLUM ORANG SABAH DAN SARAWAK. PERCUMA UNTUK MEREKA YANG SUSAH DAN SAKIT. Please share dengan orang Sabah dan Sarawak.

Kalau kamu datang ke Semenanjung untuk ke IKN buat treatment cancer, kalau ada hadapi masalah pengangkutan dari KLIA ke Institut Kanser Negara, tempat tinggal semasa menjalani rawatan, sila call kami. 018 2683999. FREE PERCUMA. Kami akan sediakan ambulan dan juga pengangkutan ke IKN. Kami juga sediakan tempat tinggal RM 1. Jarak dari IKN hanya 20 minit ride.

KHAS UNTUK MU ORANG SABAH DAN SARAWAK. PERMUDAHKAN MEREKA YANG SAKIT.

Nur Farra