Siakap Keli

Sering Jadi Mangsa Keganasan Hubungan Cinta, Wanita Ini Ambil Keputusan Kahwini Diri Sendiri

Seorang wanita yang sering kecewa dan menjadi mangsa keganasan perhubungan cinta bertekad untuk mengakhiri zaman bujangnya dengan berkahwin dengan diri sendiri.

Jenilyn Rodriguez, 30, berasal daripada New York, Amerika Syarikat mengakui mula menjauhkan dirinya daripada agama yang dianuti, Kritian dan menumpahkan ketaatan kepada cinta dan dirinya sendiri.

Sehinggakan suatu hari, ketika dia sedang membelek barang perhiasan di sebuah kedai barangan kemas, Jenelyn jatuh cinta pada sebentuk cincin hasil seorang tukang daripada Iceland. Jenilyn mengambil keputusan untuk membeli cincin tersebut sebelum bertindak melamar dirinya sendiri.

”Satu hari, saya membuat keputusan untuk membeli sebentuk cincin sebagai penghargaan kepada diri sendiri. Kemudian saya berfikir berapakah saiz cincin yang muat dengan jari saya?

”Apabila saya mencuba cincin itu, saya tersenyum dan membuat keputusan untuk bertunang dengan diri sendiri,” ujar Jenilyn.

Kemudian, pada 11 November lepas, dengan mengenakan sepasang gaun bernilai RM 1266 dan sejambak bunga yang disediakan oleh rakan-rakan terdekat, Jenilyn melafazkan ikrar pernikahan di dalam upacara sologami tepat pukul 3.33 pm – number 333 membawa maksud cinta suci dalam angle numerology- yang dihadiri sekitar 20 orang tetamu termasuk ahli keluarga.

”Ia adalah satu ingatan untuk kita semua kekal bersyukur dan sedar kita semua adalah keajaiban,” kata Jenilyn yang merancang untuk berbulan madu di sekitar Ireland.

”Saya mempunyai segalanya yang saya perlukan. Kini saya cuma mahu isi hidup saya dengan kegembiraan dan cinta,” katanya lagi.

Menurut Jenilyn, mengahwini dirinya sendiri adalah satu peringatan bahawa dia sudah mempunyai segalanya dan merasakan bahawa dirinya boleh menjadi kawan baik kepada ‘dirinya’ serta berikrar untuk mempromosi idea mengahwini diri sendiri ke seluruh dunia.

Sumber : Radio Gunk

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.