Siakap Keli

Amaran Cuaca Waspada Kategori Kuning, Dijangka Berlaku Di Pantai Timur Mulai Hari Ini

Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran waspada di kawasan pantai timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang mulai hari ini sehingga Jumaat, 7 Disember 2018.

Imej via METMalaysia

Menerusi gambar yang dimuatnaik, METMalaysia menekankan 3 negeri ini dijangka menghadapi hujan lebat dalam 2 hari berturut-turut.

Amaran Cuaca Waspada Kuning itu dikeluarkan semalam dan berkuatkuasa pada 6 hingga 7 Disember 2018.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Nur Farra