Siakap Keli

”Tak Sangka Masakanku Ini Juadah Terakhirmu Suami,” Hiba, Suami Pergi Sekelip Mata Tanpa Pesan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berdepan dengan kehilangan orang tersayang perit untuk diterima apatah lagi dengan sekelip mata. Tiada sesiapa yang akan memahami sedihnya perasaan kehilangan ini melainkan mereka yang pernah melaluinya. Hanya jiwa yang tabah mampu menerima ketentuan takdir yang telah ditetapkan oleh tuhan.

Seperti wanita ini yang terpaksa menerima kehilangan suami tersayang pada malam tadi secara mengejut tanpa sebarang tanda atau pesan. Lebih menghibakan, juadah terakhir suami sebelum pulang menemui penciptaNya adalah air tangan si isteri. Malah, mereka juga sempat makan bersama-sama malam itu.

Faraizzati Mohd Kamis, 26, ketika dihubungi Siakap Keli berkata, arwah suaminya Zaharuddin Abu Bakar, 37, tidak mempunyai sebarang tanda mahupun sakit.

”Selepas makan, suami cuma bangun untuk ke dapur minum air, tiba-tiba dia rebah pengsan di dapur rumah. Saya panggil ambulans dan dia telah disahkan meninggal dunia,” kata Faraizzati sebak.

Jenazah suaminya itu akan dibawa pulang ke kampung halaman di Segamat dari Port Dickson hari ini selepas urusan bedah siasat selesai. Dia yang sedang mengandungkan anak kedua, memohon diberi kekuatan untuk menghadapi semua ini.

Moga arwah suaminya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-fatihah. Ikuti luahan sayunya seperti di bawah, sebak!

Siapa sangka ini juadah terakhir yang dimakan arwah suami… Allahu Akhbar… sayu rasa hati… mohon dapat sedekahkan Al-fatihah buat arwah suami saya yang baru sahaja menghadap Illahi pd 10/12/2018 jam 11 malam tadi…

Mohon doakan semoga saya kuat hadapi dugaan Allah serta dapat menjaga amanah beliau yang berusia 3 tahun serta yang bakal lahir pada raya tahun hadapan… Al-fatihah…

Sumber : Zetie Khamis via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca : Memang Gila, Jualan BigOne 12.12 Senheng Tawar Diskaun Sehingga 50% Dengan Penghantaran Percuma Ke Seluruh Negara

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.