Siakap Keli
Gambar hiasan

Jejas Fungsi Usus, ‘Irritable Bowel Syndrome’ Ada Jalan Mengubatinya

Anda menghidap sakit abdomen berulang dengan sembelit atau cirit-birit berterusan untuk tempoh beberapa tahun lamanya? Jika jawapannya ‘Ya’, itu bermakna anda berhadapan dengan sindrom usus rengsa atau Irritable Bowel Syndrom yang jelas dikenali sebagai IBS.

Walaupun sindrom ini tidaklah kritikal namun kebiasannya dilegakan selepas melakukan beberapa perkara seperti membuang angin atau buang air besar. Simptom lain najis bercampur mukus, cirit-birit yang biasanya pada waktu pagi dan sembelit.

Seseorang yang kerap mengalami masalah kembung perut juga sering dikaitkan IBS malah, sindrom tersebut melibatkan beberapa gejala gastro usus atau organ pencernaan yang penting.

Untuk pengetahuan semua, penyakit ini bukanlah kanser dan tidak mempunyai simptom untuk mendapatkan kanser usus jika seseorang mengalami penyakit ini.

Setiap orang akan mengalami pelbagai simptom dan berbeza dari kesakitan ringan hinggalah kesakitan teruk. Kebiasaannya pada waktu malam ketika hendak tidur gejala ini hadir.

Seperti yang kita tahu, penyakit ini berpunca daripada stres. Tidak dinafikan stres yanh keterlaluan akan menimbulkan rasa bimbang yang berterusan dan tidak mustahil menjadi punca sesuatu penyakit.

Siakap Keli pada hari ini ingin membuka mata anda tentang cara mengubati penyakit ini tanpa perlu merisaukan orang keliling.

1. Hadkan pengambilan kafein

Kafien merangsang aktiviti dalam usus besar yang menyakibatkan cirit-birit. Ia juga menyebabkan saluran darah tersepit dan akan mengurangkan bekalan darah ke pelbagai bahagian badan. Sekiranya peredaran darah tidak mencukupi, maka sistem gastrousus akan merangsang dengan kuat dan menyebabkan pergerakan usus.

2. Kurangkam serat tidak larut jika anda mengalami cirit-birit

Sekiranya anda mengalami masalah cirit-birit, cubalah untuk mengurangkan makanan seperti berikut untuk kesembuhan:

  • Gandum
  • Jagung
  • Kulit buah/sayuran
  • Kekacang

3. Minum air putih dengan secukupnya

Meningkatkan pemgambilan air putih dapat membantu menyerap makanan dan juga membantu mencegah tekanan yang berlebihan ketika membuang air besar dan mengurangkan sembelit.

4. Elakkan makanan berlemak

Makanan yang tinggi lemak adalah pencetus untuk sembelit dan cirit-birit serta sakit perut. Elakan makan makanan berikut seperti mentega, kek, roti manis, keju dan makanan berminyak. Cuba kaedah memasak selain goreng, anda boleh mengukus, microwave, bakar dan masak dalam oven.

5. Hadkan makanan yang menyebabkan angin 

Makanan tertentu juga boleh memburukkan keadaan IBS kerana ia menyebabkan gas masuk ke dalam badan dan badan mengalami ketidakselesaan. Sebagai contoh, minuman berkarbonat, produk tenusu, taugeh, beokoli dan bijirin serat.

6. Senaman secara teratur

Senaman seperti yoga dan meditasi juga akan menyurangkan stres anda. lakukan senaman 20 minit setiap hari. Anda boleh berjalan, berbasikal, berenang dan permainan suka yang lain untuk mengurangkan tekanan dan mengekalkan tubuh yang sihat.

Sumber; wikihow, doktersehat, hellosehat, draxe

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang