Siakap Keli

Honda Malaysia Sokong Wakil Pengedarnya Gantung Kerja Stafnya Selepas Kes Komen Biadap

Nampaknya, kontroversi dicetuskan seorang wanita yang merupakan seorang staf di Honda Sri Utama Auto, Setapak di Kuala Lumpur turut menarik perhatian Honda Malaysia.

”Honda Malaysia memohon maaf diatas komen kurang sensitif dan melulu oleh staf daripada wakil pengedar kami, Sri Utama Auto Sdn Bhd membabitkan kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. 

”Komen tersebut bertentangan dengan polisi Honda dan kami tidak menerimanya. Kami ingin menegaskan bahawa Honda sangat menghormati semua pihak dan individu,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut turut mengulas dan menyokong tindakan segera yang diambil oleh Sri Utama Auto dalam menangani perkara tersebut, termasuklah menggantung kerja staf berkenaan buat sementara waktu.

”Honda Malaysia juga akan mengedarkan memo kepada semua wakil pengedar sebagai untuk mengingat dan mengaskan betapa pentingnya untuk memberi latihan supaya setiap ejen mempunyai perilaku yang baik.

”Kami juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Adib dan tunangnya,” kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, komen wanita berkenaan telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakkannya mengaitkan kematian Adib sebagai ‘kegagalan Tuhan’.

Sumber: Honda Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.