Siakap Keli
Gambar Hiasan

Selain Digunakan Dalam Masakan, Kunyit Juga Dapat Melindungi Anda Daripada Penyakit Berbahaya Seperti Diabetes

Boleh dikatakan rempah ratus adalah pelengkap kepada sesuatu makanan kerana tanpanya kuranglah rasa keenakan makanan tersebut. Terutama menu masakan kaum india, rempah adalah bahan penting yang perlu ada untuk membuat kari. Kini rempah ratus juga digunakan sebagai salah satu bahan utama dalam produk kecantikan dan kesihatan.

Sumber Google: www.olivemagazine.com

Bawang putih, kulit kayu manis, ginseng, halia dan kunyit merupakan antara rempah ratus yang popular dan mempunyai khasiat yang tersendiri. Namun, mungkin sebahagian daripada kita tidak mengetahui apakah khasiat yang terdapat dalam kunyit dan adakah ia baik untuk tubuh.

Sumber Google: www.naturalfoodseries.com

Kebanyakan penyakit seperti kanser, jantung, kolestrol tinggi dan penyakit kronik adalah disebabkan keradangan. Kunyit telah disahkan bersifat anti keradangan yang paling berkesan dan dapat melindungi tubuh anda daripada penyakit berbahaya. Khasiatnya juga dapat menghindarkan dan membantu pesakit Alzheimer untuk pulih.

Diabetes antara penyakit berbahaya dan boleh menyebabkan komplikasi pada sistem saraf dan juga paru-paru. Ekstrak yang terdapat dalam kunyit dapat membantu pesakit mengurangkan kadar gula dalam darah selain bergantung pada ubat. Makan kunyit secara mentah adalah alternatif yang baik untuk kesihatan tubuh.

Kunyit adalah bahan semula jadi yang boleh dibuat “mask” untuk mendapatkan kulit yang sihat dan melambatkan proses penuaan. Bagi yang ingin memecahkan lemak, kunyit adalah antara herba yang boleh diambil selain dapat menjaga kesihatan usus dan memudahkan proses pencernaan.

Sumber Google: https://alivebynature.com

Mengapa kunyit dikatakan berkhasiat untuk kaum wanita kerana ia dapat mengecutkan rahim dan mencuci darah kotor bagi wanita yang sedang berpantang. Air rebusan kunyit, bagus sekiranya diamalkan untuk melancarkan period.

Khasiat rempah ratus kunyit dalam kesihatan tidak dapat disangkal, selain daripada menyedapkan rasa makanan yang dimasak. Herba adalah ubat yang terbaik, tetapi perlu diambil secara berkala dan mengikut keperluan tubuh supaya tidak mendatang mudarat.

Sumber: draxehealthlinemedicalnewstoday

marlya syafikah