Siakap Keli

Staf Wanita Beri Komen Biadap Terhadap Kematian Adib Akhirnya Diberhentikan Kerja

Baru-baru ini media sosial dikejutkan dengan tindakan seorang wanita meninggalkan komen yang dianggap biadap dan mempersendakan agama Islam susulan kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, Isnin lalu.

Tindakan wanita tersebut yang merupakan salah seorang staf di Honda Sri Utama Auto, Setapak di Selayang turut menarik perhatian majikannya yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan dan berjanji untuk menyiasat perkara berkenaan.

Sebentar tadi, melalui kemas kini di laman facebook wakil pengedar Honda Malaysia itu, mengesahkan bahawa wanita berkenaan sudahpun dipecat.

”Kami ingin memaklumkan hasil siasatan dalaman yang dibuat, kami mendapati staf tersebut sudahpun melanggar polisi syarikat disebabkan tingkah lakunya itu.

”Justeru, staf tersebut sudahpun dipecat daripada jawatannya di Sri Utama Auto Sdn Bhd serta-merta,” kata kenyataan tersebut.

Pihak Sri Auto juga sekali lagi memohon maaf kepada semua pihak yang terguris dengan komen tidak beretika yang dibuat oleh stafnya sebelum ini, terutama kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib.

”Kami akan menambah baik modul latikan terhadap semua pekerja kami bagi memastikan mereka mengamalkan moral yang tinggi dan saling menghormati semua hak individu sepanjang masa.”

Sumber : Honda Sri Utama Auto

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.