Siakap Keli

(Video)’Anakku, Hari Ini Ibu Hutang Biskut Dengan Kamu’, Kesusahan Hidup Buat Neymar Berjaya

Bintang bola sepak Brazil dengan rekod perpindahan dunia ketika berkelana daripada Barcelona ke Paris Saint Germain (PSG) pada tanda harga 198 juta pound (RM 1.01 billion) dikagumi dengan skill gelecekkannya di atas padang, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa beliau sendiri pernah mengharungi satu tempoh yang getir ketika kanak-kanak seperti yang didedahkannya baru-baru ini.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Neymar ketika ditemu ramah oleh  YouTube channel O Primo Rico, dimana satu ketika kehidupan Neymar sangat susah dengan setiap duit yang ada tidak dibazirkan.

Katanya lagi, dia mula memasang hajat untuk menjadi kaya dan memastikan keluarganya tidak lagi susah bermula daripada satu permintaannya yang tidak dapat ditunaikan oleh ibunya sendiri. Neymar mendedahkan satu ketika dahulu ibunya terpaksa berhutang biskut dengannya dan dari situlah bermula kisah pemain bintang ini mengukir nama dalam dunia bola sepak.

Zaman kanak-kanak Neymar

”Ada satu kisah saya dengan ibu dan saya rasa ramai sudah tahu. Satu hari, saya sangat teringin untuk makan biskut tetapi ketika itu tiada biskut di rumah kami.

”Ibu saya berkata, ”Anakku, kita tidak ada duit lebih, tidak mungkin untuk membeli biskut. Ibu berhutang biskut dengan kamu dahulu minggu ini. Mungkin minggu depan, bila ayah kamu dapat gaji, ibu belikan kamu biskut”.

”Ketika itu saya hanya menjawab,”Tidak mengapa ibu, satu hari nanti saya akan menjadi kaya. Saya akan membeli kilang biskut dan saya boleh makan biskut bila-bila masa sahaja yang saya mahu,”

Tattoo Neymar yang didedikasikan untuk ibunya

”Ibu saya pasti akan menangis setiap kali dia menceritakan kisah ini kepada saya kerana dia sangat tersentuh dengan apa yang saya cakap dahulu,’‘ kata Neymar.

Bermula daripada kisah itulah, Neymar mula mengasah kemahirannya dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk bakat beliau mula menarik perhatian kelab-kelab besar di Brazil. Selepas itu, pencari bakat dari Eropah pula mengintai peluang untuk membawanya ke liga bola sepak lebih mencabar, iaitu bersama Barcelona di La Liga.

Hari ini, Neymar yang berusia 26 tahun menjalani kehidupan supermewah dan memiliki segalanya. Beraksi cemelang bersama PSG dan merajai Ligue 1 liga Perancis, mereka sedang mengorak langkah untuk mengjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah. PSG diundi bertemu dengan Manchester United di pusingan seterusnya.

Video di bawah menunjukkan Neymar tidak dapat menahan air mata daripada mengalir keluar ketika ditunjukkan replika rumah zaman kecilnya dahulu.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=DRt2pdRZE6E]

 

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.