Siakap Keli

(Video) Kembar Kahwin Sesama Sendiri, Ibu Bapa Percaya Mereka Pasangan Kekasih Di Kehidupan Lalu

Sepasang adik beradik kembar di Thailand telah dikahwinkan sesama sendiri mengikut upacara agama Buddha oleh kedua-dua ibu bapanya baru-baru ini.

Guitar dan pasangan kembar perempuannya, Kiwi, masing-masing berusia 6 tahun dikahwinkan orang tua mereka yang percaya pasangan kembar itu merupakan sepasang kekasih dalam ‘kehidupan’ yang lalu.

Kedua-duanya diraikan dalam majlis persandingan yang meriah dan mewah. Menurut laporan akhbar, kos menganjurkan majlis perkahwinan tersebut mencecah ribuan pound. Majlis yang sama turut dimeriahkan dengan kehadiran sanak-saudara terdekat dan rakan-rakan kepada ibu bapa pasangan kembar tersebut.

Melalui video yang tular di media sosial, Guitar dilihat perlu melalui ritual keagaamaan termasuklah upacara melalui sembilan pintu sebelum dapat bertemu dengan adiknya.

Guitar juga dilaporkan perlu ‘menyediakan’ wang hantaran sebanyak 200,000 Baht (RM 25,642) dan emas bernilai RM 5,304.

Ujar si ayah dan si ibu, Amornsan Sunthorn Malirat, 31, dan Phacharaporn, 30, sejak bayi kembar mereka itu dilahirkan pada September 2012, mereka sudah mengetahui bahawa kedua-duanya perlu dikahwinkan sesama sendiri bagi mengelak daripada ditimpa musibah seperti sakit dan miskin.

Menurut Mirrok UK, sesetengah penganut agama Buddha percaya adik-beradik kembar berlainan jantina adalah karma daripada kehidupan lampau. Mereka dilahirkan semula sebagai pasangan kembar disebabkan mempunyai ‘hutang’ yang belum dilangsaikan.

”Kami mesti mengahwinkan anak kembar kami secepat mungkin bagi mengelak mereka berdua berdepan nasib tidak baik dimasa hadapan,” kata Amornsan.

”Mereka kelihatan sangat secocok ketika dikahwinkan. Saya tahu, mereka berdua dapat hidup bersama-sama sehingga hari tua,” kata Phacharaporn pula.

Bagaimanapun hubungan perkahwinan tersebut bukan satu ikatan perkahwinan yang sah. Kedua-dua pasangan pengantin itu bebas mencari pasangan hidup masing-masing apabila besar kelak.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=AIMGZJ4x1_k]

 

Sumber: Mirror UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.