Siakap Keli

Status Amaran Gunung Anak Krakatau Dinaikkan Pada Tahap Bahaya, Penduduk Diminta Jauhi Pulau

Aktiviti gunung berapi Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda terus meningkat.

Badan Gelologi Kementerian Indonesia telah mempertingkatkan status gunung berapi tersebut daripada tahap waspada (level II) kepada tahap bahaya (level III) dan radius zon pantai diperluas dari 2km menjadi 5km.

Masyarakat setempat dilarang menggunakan aktiviti dalam radius 5km dari puncah kawah Gunung Anak Krakatau.

“Naiknya status berbahaya ini bermula 27 Disember jam 6 petang,” ujar Sutopo, Ketua Pusat Data Informasi BNPB.

Berdasarkan data mereka, Gunung Anak Krakatau aktif kembali dan memasuki fasa erupsi mulai Julai lalu.

Erupsi atau letusan seterusnya akan berupa letusan Strombolian disertai percikan lava merah dan aliran lava yang akan menuju ke arah tenggara.

“Kemungkinan terdapat lubang kawah baru yang dekat dengan ketinggian air laut.  Sejak itu letusan berlaku tanpa henti.  Suara letusan terdengar beberapa kali setiap minit,” kata Sutopo.

Amaran tahap bahaya itu ditekankan untuk setiap penduduk supaya berjaga-jaga daripada lontaran batu, awan panas dan debu yang pekat.

Sumber: Tribun News

Nur Farra