Siakap Keli

Nak Bercuti Ke Luar Negara, Ini 3 Tips Sebelum Menempah Tiket Penerbangan Anda

Walaupun musim cuti persekolahan sudah pun tamat, tetapi inilah masa yang sesuai untuk anda bercuti kerana jika anda menempah tiket pesawat pada musim cuti sekolah sudah pasti harganya melambung tinggi. Sebagai pelancong yang suka bercuti ke luar negara anda perlu bijak memilih masa yang sesuai untuk menempah tiket pesawat.

Jika anda ingin bercuti ke luar negara, ada beberapa ciri yang perlu diambil perhatian terutamanya dalam aspek memilih syarikat penerbangan. Bukan semua syarikat penerbangan di dalam negara dapat memberikan servis yang berkualiti dan memberi kepuasan optimum kepada penumpang.

Jom kita lihat beberapa aspek tertentu untuk menempah tiket penerbangan sebagai pilihan untuk anda melancong ke luar negara. Pertama, pastinya anda akan memilih penerbangan yang menawarkan harga tambang yang murah berbanding penerbangan lain supaya anda boleh berbelanja lebih ketika bercuti nanti dan tak perlu mengeluarkan kos yang besar untuk penerbangan pergi dan balik.

Seterusnya, pramugari dan pramugara yang mesra dengan pelanggan. Perkara ini sangat penting kerana mereka yang akan memberikan layanan kepada anda sepanjang penerbangan dan sudah semestinya anda mengharapkan servis yang terbaik dari pramugari dan pramugara syarikat penerbangan tersebut.

Kemudian, tempat duduk yang luas dan selesa. Aspek tempat duduk ini juga perlu diambil berat kerana jika sebuah penerbangan tidak menyediakan tempat duduk yang selesa kepada anda sudah pasti anda akan merasa menyesal tambahan pula penerbangan anda memakan masa sehingga 5 ke 6 jam. Bagi melengkapi semua aspek yang diterangkan diatas, EVA Air adalah pilihan yang sesuai untuk anda bercuti dengan servis terbaik bersama yang tersayang.

EVA Air sudah beroperasi sejak tahun 1991 pasti mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan pesawat serta memberikan servis terbaik untuk penumpang mereka. EVA Air menawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Taiwan, Amerika Utara termasuk Los Angeles, New York dan San Francsisco.

Pesawat EVA Air yang lebih luas serta tempat duduk yang selesa akan memberikan pengalaman cukup bermakna kepada anda untuk menikmati perjalanan atas udara bertaraf dunia. Krew pesawat yang terlatih akan menjaga keselesaan anda sepanjang penerbangan.

Kredibiliti EVA Air bukan sahaja terbukti di udara malah syarikat penerbangan ini telah meraih pelbagai anugerah berprestij antaranya syarikat penerbangan  5 Bintang 3 tahun berturut-turut diiktiraf oleh SKYTRAX. EVA Air juga turut menerima anugerah dari AirlineRating.com sebagai Syarikat Penerbangan jarak jauh Asia Pasifik  terbaik untuk tahun 2018.

Tidak dinafikan, EVA Air sudah terbukti antara syarikat penerbangan terkemuka dunia yang menyediakan keselesaan dalam pesawat dan servis bertaraf 5 bintang kepada penumpangnya. Tunggu apa lagi, tempeh tiket anda sekarang dan nikmatilah percutian indah anda bersama yang tersayang.

Untuk maklumat lanjut sila klik Website atau Facebook  EVA Air.



 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)