Siakap Keli
Gambar Hiasan

Jangan Didik Anak Takut ‘Hantu’ Kalau Anda Sayangkan Mereka

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sewaktu kita kecil, pasti ibu dan ayah kita sering mengusik tentang perkara-perkara yang menakutkan supaya kita berasa takut untuk melakukan apa yang dilarang oleh mereka. Bukan itu sahaja, menakutkan anak-anak juga salah satu perkara untuk anak tersebut tidak nakal sewaktu berada di tempat orang.

Tetapi sedarkah anda bahawa hal seperti ini tidak patut berlaku kerana akan memberi kesan negatif terhadap tumbesaran anak-anak kelak nanti khususnya akan menjadikan anak tersebut seorang yang penakut. Hal ini diceritakan oleh seorang motivator keibubapaan, Najmi Nawawi.

Walaupun ada segelintir masyarakat kita tahu menakutkan anak ini adalah emberi impak yang besar terhadap anak, kenapa masih ada ibu bapa yang menakutkan anak-anak mereka dengan ‘ada hantu’ semata-mata untuk memudahkan urusan keibubapaan. Kesannya, anak-anak akan menjadi seorang yang sangat penakut dan lebih dari ini.

Teknik keibubapaan dengan cara menakutkan anak-anak dengan perkataan ‘hantu’ akan memberi kesan buruk pada mereka. Ingatlah anak-anak mempunyai daya imaginasi yang sangat hebat. Cerita-cerita yang diada-adakan akan dibayangkan oleh anak-anak dengan 100 peratus benar dalam minda mereka.

Bahkan ia juga boleh membawa kepada kesan jangka masa panjang terhadap ‘psychological consequences’ khususnya ketakutan kepada tempat-tempat gelap secara melampau.

Ia umpama sebuah ‘psychological scars‘ yang akan memberi kesan kepada anak sampai bila-bila seumur hidup mereka. Kasihanilah anak-anak, kenapa kita perlu takut-takutkan mereka dengan hantu, semata-mata untuk memudahkan urusan kerja kita.

Jika kita berterusan menakutkan minda kecil mereka itu dengan hantu, ia akan terus mempengaruhi minda ‘subconscious‘ dan ‘unconscious‘ anak-anak yang seterusnya boleh membawa kepada risiko penyakit mental yang lebih menyedihkan.

Kita tidak tahu kemampuan penerimaan anak-anak terhadap apa yang kita ceritakan kepada mereka. Lebih-lebih lagi cerita-cerita itu datang daripada mulut ibu bapa mereka sendiri.

Umpama melontarkan batu kedalam laut, kita tidak tahu sedalam mana batu itu akan tengelam. Maka berhati-hatilah dalam bercerita atau menakutkan anak-anak.

Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari. Kerana antara kesan menakutkan anak dengan hantu ialah insomnia, tidur dengan tv terbuka dan lampu tidak ditutup. Masalah dalam akademik kerana anak gagal untuk fokus di dalam kelas dan banyak lagi.

p/s : Ibu bapa perlu kreatif dalam mendidik anak-anak. Banyak lagi cara lain untuk pastikan anak mendengar kata, tolong jangan guna cara takutkan anak dengan hantu.

Sumber: Najmi Nawawi

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di