Siakap Keli

Jambatan Akar Indonesia, Ambil Masa 30 Tahun Untuk Terbentuk Dengan Sendirinya

Ini mungkin merupakan salah satu keajaiban dunia yang berlaku di satu perkampungan di Sumatera Barat.

Jambatan semulajadi, terhasil daripada akar pokok disetiap sisi sungai, sangat menakjubkan jika dilihat.

Diberi nama ‘jambatan akar’ oleh penduduk tempatan adalah jambatan yang terbentuk dari jalinan dua akar pokok yang tumbuh bertentangan dan membentang di atas aliran Batang Bayang di kecamatan Bayang Utara, kabupaten Pesisir Selatan, Sumatera Barat.

Jambatan ini mempunyai panjang 25 meter dan lebar 1.5 meter dengan ketinggian dari permukaan sungai sekitar 10 meter, mula dicipta pada tahun 1890 dan baru dapat digunakan pada tahun 1916.

Dengan kata lain, proses merajut akar menjadikan jambatan ini memerlukan masa lebih kurang 26 tahun. Kini, keadaannya semakin kuat kerana akar pohon beringin tersebut mengukuhkan jambatan itu.

Sumber: Wiki, detikTravel

Nur Farra