Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan - Google

”Jadi Macam Kami Kalau Kamu Tak Pergi Sekolah,” Teguran Pekerja Kedai Buat Remaja Kaki Ponteng Menyentuh Hati Netizen

Pelajaran mampu mengubah kehidupan. Pernahkah anda mendengar kata-kata tersebut? Mereka yang lahir dari keluarga yang susah namun berjaya dari segi akademik, mendapat pekerjaan baik hingga mampu membantu keluarga pasti memahami maksud ini.

Namun, lain pula yang berlaku apabila terdapat segelintir pelajar sekolah yang sudah mendapat peluang pendidikan tetapi disia-siakan pula. Bukan sahaja mereka ponteng sekolah, tetapi berani melakukan perkara tersebut secara terang-terangan dengan melepak di kedai mamak tanpa takut dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Tetapi, apa yang berlaku di kedai mamak ini menyebabkan ramai netizen terharu dan memuji tindakan oleh pekerja kedai. Manakan tidak, mereka bukan sahaja menasihati remaja yang melepak malah menjadikan diri mereka sendiri sebagai ‘testimoni’ apa yang berlaku jika anda tidak mempunyai pendidikan dalam hidup ini.

Syabas dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh kedai mamak itu hingga enggan melayani mereka. Ini boleh dijadikan contoh bagi pengusaha kedai makanan yang lain untuk tidak membutakan mata menerima kehadiran pelajar ponteng demi mengaut keuntungan yang sedikit.

Saya pergi ke sebuah kedai mamak ini yang terletak di Cheras untuk bersarapan pagi. Ketika sedang menikmati sarapan, terdapat dua orang pelajar yang secara jelas sedang ponteng sekolah dan mahu melepak di kedai mamak ini. 

Tetapi sebaliknya berlaku apabila mereka berdua bukan sahaja tidak dapat melepak malah ditegur oleh mamak dan juga enggan menyediakan makanan dan minuman.

Dia (mamak) terus memberi ceramah kepada dua pelajar itu dengan berkata bahawa kehidupan luar di dunia ini amat sukar jika anda terus ponteng sekolah dan menasihatkan mereka agar kembali ke sekolah. 

Malah lebih terharu, mereka menjadikan diri mereka sendiri sebagai contoh dengan mengatakan ‘ini yang akan terjadi’ (diri mereka) sekiranya kamu tidak pergi ke sekolah. 

Dua pelajar itu kemudiannya beredar dan saya merasakan mereka pergi mencari kedai mamak lain yang boleh melayani mereka. 

Saya kagum dengan integriti lelaki ini. Dia boleh sahaja mendapat untung yang sedikit dengan melayani mereka, tetapi dia memilih untuk tidak berbuat demikian. 

Sumber : reddit

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.