Siakap Keli

Cara Ini Paling Berbaloi Kalau Anda Nak Jual Kereta, Boleh Dapat Sehingga 20% Lagi Tinggi Dari Harga ‘Trade-In’

Mesti ramai di antara kita yang berangan-angan nak tukar kereta baru. Tetapi lecehnya, bila nak ‘tolak’ kereta lama tu, pelbagai prosedur harus dilakukan.

Dari mencari pembeli, tunggu ‘loan’ diluluskan hinggalah menukar hak milik kereta, banyak masa dan tenaga yang dihabiskan. Itupun jika anda dapat jumpa pembeli dalam tempoh yang singkat, ada yang terpaksa tunggu hingga berbulan-bulan. Memang leceh.

Kebiasaannya, ramai yang memilih menjual kereta secara ‘trade in’ untuk mendapatkan diskaun kereta baru. Kat sini ramai yang terpedaya kerana rata-rata kereta lama akan dibeli dengan harga jauh lebih murah. Jual sendiri sebenarnya lebih banyak untung, tapi proses yang susah membuatkan ramai ‘angkat tangan’.

Jadi cara paling berbaloi kami kongsikan untuk menjual kereta anda adalah dengan menggunakan Carsome. Bagi yang belum tahu, Carsome merupakan sebuah laman web di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan jual kereta terpantas, telus, percuma  dan paling dipercayai sejak 2015.

Kalau anda nak tahu dalam masa 3 tahun ini, Carsome telah menjual lebih dari 8 ribu buah kereta. Paling best, harga yang ditawarkan jauh lebih tinggi sehingga 10-20% berbanding harga trade-in kereta!

Jadi, lebih untung sekiranya anda jual kereta lama di sini sebelum membeli kereta baru. Lebihan duit yang ada boleh lah digunakan untuk membayar ‘downpayment’ kereta baru nanti. Mudahnya menggunakan Carsome ini sehinggakan tidak sampai 24 jam pun kereta anda boleh terjual dengan hanya mengikuti 4 langkah mudah seperti di bawah. Jom kita semak!

Langkah 1 : Hantar maklumat kereta untuk mendapatkan temujanji pemeriksaan kereta secara PERCUMA

Anda hanya perlu isikan semua maklumat berkenaan kereta yang mahu dijual di laman web Carsome seperti di bawah. Lepas submit, pihak Carsome akan meminta anda memasukkan tarikh dan waktu temujanji pemeriksaan kenderaan. Jika tiada kekosongan pada tarikh tersebut, anda akan diberikan tarikh lain. Urusan ini hanya mengambil masa selama 2 minit sahaja. Pantas dan sangat memudahkan.

Langkah 2 : Hantar kereta untuk pemeriksaan

Setelah itu, bawa kereta anda ke pusat pemeriksaan kenderaan Carsome mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Tak perlu risau kerana terdapat 5 cawangan pemeriksaan kereta Carsome di seluruh semenanjung Malaysia dan dua lagi bakal dibuka di Puchong dan Perai, Pulau Pinang pada bulan depan. Sambil duduk minum air, kereta anda pun dah siap diperiksa dalam masa 30 minit oleh juruteknik Carsome yang bertauliah tanpa sebarang bayaran!

Langkah 3 (a) : Terus menerima tawaran

Jika anda bersetuju untuk menerima harga akhir yang diberikan oleh pihak Carsome berdasarkan kenderaan kereta yang telah diperiksa, anda boleh terus menjual kereta anda kepada mereka. Jika mahukan harga yang lebih tinggi, anda boleh pergi ke langkah seterusnya iaitu membuat bidaan. Jika tidak, skip sahaja ke langkah 4.

Langkah 3 (b) : Membuat bidaan secara online

Apa yang paling best, di Carsome anda boleh membuat bidaan kereta secara online yang berlangsung selama 3 jam. Bidaan ini akan melibatkan lebih daripada 1000 delaer kereta terpakai yang diperakui seluruh Malaysia.

Mereka akan meletakkan harga terbaik untuk membeli kenderaan anda. Sekiranya anda gembira dengan harga yang ditawarkan, tempoh masa selama 24 jam akan diberikan untuk anda menerima tawaran setelah bidaan selesai. Lepas tu, boleh sahaja terus ke langkah akhir. Mudah sangat.

Langkah 4 : Tukar hak milik kereta dan terima pembayaran

Bagi kami, langkah terakhir oleh Carsome ini paling MEMUDAHKAN PENGGUNA dan wajar dipuji. Manakan tidak, anda sebagai pemilik kereta hanya duduk dan tunggu kerana semua proses pemindahan hak milik, dokumen sehinggalah bayaran akan dilakukan oleh pihak Carsome. Tak payah beratur panjang di JPJ mahupun PUSPAKOM. Mudah kan? Selepas semua urusan selesai, wang akan terus dipindahkan ke dalam akaun anda dalam kaedah ‘instant transfer’. Fuhh, memang betul terbaik servis yang Carsome tawarkan ini.

Antara pengguna yang telah menggunakan perkhidmatan Carsome

CARSOME MENJADI PILIHAN TERBAIK PENGGUNA

Pokok pangkalnya, Carsome merupakan pilihan terbaik bagi anda untuk menjual kereta dengan cara paling pantas, telus, percuma dan semestinya DIPERCAYAI RAMAI. Pilih Carsome, segala urusan penjualan kereta anda boleh diselesaikan sekali. Tak payah pening kepala fikir lagi. Terima kasih Carsome atas perkhidmatan yang sangat ‘AWESOME’ ini.

Cuba lihat review mereka yang telah menggunakan perkhidmatan Carsome seperti di bawah. Semuanya memberi maklum balas yang sangat positif dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Carsome memang TERBAIK.

BERJAYA JUAL KERETA DENGAN HARGA TINGGI DI CARSOME!

HARGA YANG DITAWARKAN OLEH CARSOME LEBIH BERBALOI DARI ‘DEALER’ LAIN!

STAF SANGAT MEMBANTU, CARSOME MEMANG ‘AWESOME’!

SERVIS DARI CARSOME YANG SANGAT PANTAS!

Bagi mendapatkan maklumat lanjut anda boleh sahaja menghubungi Carsome dengan menekan link ini atau layari sahaja Facebook Carsome.my. Paling mudah, isi sahaja borang kat bawah dan tekan hantar!

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.