Siakap Keli
pasar tani jerteh (Gambar Hiasan)

”Pinjam RM30 Ribu, Bayar Balik RM30 Ribu”, Terengganu Lancar Tabung Pinjaman Tanpa Faedah

Kerajaan Terengganu baru-baru ini melancarkan tabung pinjaman patuh syariah yang bakal memberi manfaat kepada usahawan-usahawan di negeri berkenaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Keusahawan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman, tabung berkenaan yang dikenali sebagai Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) akan diletak dibawah pengurusan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).

Lebih istimewa, tabung berkenaan akan memberikan pinjaman kepada usahawan-usahawan yang layak bermula daripada usahawan kecil sehinggalah usahawan skala besar tanpa sebarang caj dan faedah.

“Kita memberi pinjaman (kepada usahawan) yang berbentuk patuh syariah.

“Kita tidak mengenakan sebarang kadar faedah kepada mereka ini (usahawan), pinjam RM10,000, bayar RM10,000, pinjam RM30,000, bayar RM30,000,” jelasnya.

Insentif hasil idea daripada kerajaan Terengganu ini menawarkan geran pinjaman bermula daripada RM 1,000 sehinggalah RM 30,000 melibatkan dana sebanyak RM 15 juta dengan RM 5 juta diperuntukkan kepada YPU.

TUGAS merupakan sebahagian daripada 20 manifesto yang ditawarkan oleh PAS Terengganu dalam manifesto ketika Pilihan Raya Umum lepas sekiranya berjaya mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional.

Sumber: Terengganu.gov

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.