Siakap Keli

“Faham Atau Tidak Perkara Kedua,” Imam Muda Asyraf Kongsi Cara Didik Anak Minat Kisah Nabi, Hadith

Setiap pasangan ibu bapa mempunyai cara didikan yang tersendiri terhadap anak-anak mereka.  Didikan yang dilentur sedari awal ini akan memberi kesan kepada anak-anak apabila mereka besar nanti.

Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya sering kali disebut apabila isu ini dibangkitkan.  Dalam kaedah mendidik anak, ia terpulang kepada ibu bapa itu selagi ia tidak membebankan anak-anak.

Samalah seperti apa yang dilakukan Imam Muda Asyraf, perkongsian melalui akaun Instagram miliknya mendapat pujian netizen dalam mendidik anaknya meminati kisah nabi dan hadith.  Nak tahu bagaimana caranya? Mari baca perkongsian beliau.  Semoga bermanfaat.

Seperti biasa. Faham atau tidak perkara kedua. Yang penting kelibat duduk sambil mengambil berkat hadith itu menjadi rutin yang dibiasakan pada mata anak-anak.

Telinganya tidak memahami. Namun matanya belajar memerhati. Walau bermain handphone sekalipun, ianya satu kejayaan bagi membawa AbduRahman yang seaktif Ultraman Batman untuk duduk di depan.

Bagi Aisy pula, dia sangat meminati cerita, hadith dan sebagainya. Manakan tidak, semangat beliau apabila hajat untuk menunaikan umrah di Mekah pada cuti sekolah Mac ini tak sabar dinanti. Doakan kami bersama ke sana.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asyraf Ridzuan (@imammudaasyraf) on

Jarang sempat membaca bersama mereka. Selalu ummi yang mengambil peranan. Tapi kali ini Aisyah pun teruja duduk bersama Abah. .

Mungkin agaknya Abah mimpi apa malam ini tiada kuliah. Apapun selamat malam anakku. Tiada apa yang mustahil walau sebaris hadith. .

Sedangkan al-Qa’nabi mampu berubah watak dari peminum Nabiz (memabukkan) kepada perawi paling tsiqah dalam al-Muwatto’ hanya kerana sepotong hadith dari Imamnya Syu’bah. .

Semoga rumah lebih bercahaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asyraf Ridzuan (@imammudaasyraf) on

Nur Farra