Siakap Keli

Demi Nak Jaga Alam, Siang Jadi ‘Cashier’, Malam Cari Tayar Terpakai Ubah Jadi Katil Haiwan Comel

Dengan lebih daripada 2  bilion tan sampah yang dibuang di laut dan di tempat pembuangan sampah setiap tahun, hampir mustahil untuk sesiapa sahaja yang ingin mengubahnya menjadi sesuatu bernilai.

Namun, seorang lelaki berusia 23 tahun, Amarildo Silva membuatkan segalanya tampak tidak mustahil.  Bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai pada siang hari, pada waktu malam Silva mengambil inisiatif demi mengurangkan pencemaran dengan mengumpul semula tayar terpakai menjadi katil haiwan yang sangat comel.

Dengan bantuan ahli kelurganya, Silva mengumpul setiap tayar yang ditemui di tepi jalan atau di tempat membuang sampah dan membawanya pulang ke rumah untuk dibersihkan dan diubah menjadi sesuatu yang unik dan sangat berguna.

Mendapat pujian dan perhatian seluruh dunia, Silva mula menjual hasilnya melalui Instagram.

Selama 2 tahun beroperasi, Silva telah berjaya menjual lebih 500 buah katil bukan sahaja di dalam negaranya, malah negara luar seperti Eropah, Amerika dan Asia.

Tak sangka niatnya untuk menjaga alam sekaligus membantunya mendapatkan pendapatan sampingan.

Selain dijadikan katil haiwan, tayar terpakai itu juga diubah menjadi pasu bunga.

Pada masa lapangnya, Silva berusaha menjaga haiwan terbiar dan turut turun padang memberi ceramah berkaitan projeknya di sekolah khususnya kepada generasi muda.

Sumber: Brightside

Nur Farra