Siakap Keli

(Video) Rakaman Detik Cemas Pesawat British Airways Bergelut Untuk Mendarat, Netizen Puji Juruterbang

Video menunjukkan sebuah pesawat British Airlines yang bergeluat untuk mendarat di Lapangan Terbang Heathrow menjadi tular selepas angin kencang yang memaksa pesawat itu membatalkan percubaan pendaratan pertama.

Rakaman yang dimuat naik menerusi Twitter itu menunjukkan detik cemas pesawat meninggalkan lapangan dan terpaksa mengelilingi lapangan terbang sebaik berdepan angin yang kuat sehingga menyukarkan juruterbang untuk mendarat dengan selamat.

Walau bagaimanapun, pesawat akhirnya berjaya mendarat dalam percubaan kedua dengan selamat.

Penerbangan British Airways 276 melakukan perjalanan dari bandar India Hyderabad dan telah lewat 18 minit untuk mendarat disebabkan oleh ribut yang melanda UK dalam kelajuan angin 12 kilometer sejam.

Amaran cuaca telah dikeluarkan untuk pantai Selatan England, Ireland Utara dan sebahagian Scotland.

Sumber: The National

Nur Farra