Siakap Keli

Dicabar Suhaimi Saad Bersumpah Bumi Berbentuk Sfera, Ini Jawapan Dr. Sheikh Muszaphar Sukor

Sejak beberapa hari lalu, hangat isu cabaran yang dibuat oleh seorang penyanyi nasyid, Suhaimi Saad (SS) yang meminta angkawasan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Sukor supaya bersumpah bahawa Bumi ini berbentuk sfera.

Tindakan SS membuat cabaran tersebut secara terbuka melalui akaun Facebook Mosus mendapat reaksi yang berbeza-beza daripada netizen.

Bagi menjawab persoalan dan cabaran yang dilontarkan oleh SS, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar telah memuat naik satu perkongsian di laman facebooknya dan inilah jawapan beliau mengenai pengalaman berada di angkasa dan melihat Bumi dari atas.

Pic – Is the Earth flat ?

Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas. Sebagai Angkasawan Islam yang ke-9 menerokai angkasa lepas, adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar.

Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari. Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam. Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr. Laungan Azan kedengaran seketika.

Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi. Melihat Bumi dengan mata sendiri. Degupan jantung berhenti seketika. Meremang bulu roma. Mata tidak terkebil.

Melihat Kebesaran Maha Pencipta. Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas. Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana.

MasyaAllah. SubhanAllah. And the Earth is spherical in shape. Geosphere to be exact. Squashed at the poles and bulged at the Equator.

Not like a ball but more to an egg. Every human being should go to space if given the opportunity. It changes your perspective on life as a whole. It makes you a true believer on the Creator.

The experience is truly amazing and spectacular. It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers
But here I am sharing you my experience of what I have seen. In the name of Allah it comes from my heart.

Salam Jumaat Everyone.

Semoga mendapat Barakah semua. Amiinn.

Love As Always.

PS – Just wanted to straighten the facts!

BACA: Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara Bersumpah Bumi Berbentuk Bulat Sfera

Sumber: Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Sukor

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.