Siakap Keli

PAS Umum Tidak Sokong UMNO Di PRK Semenyih – Dr Mahathir

Kuala Lumpur : Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata PAS telah memutuskan tidak akan menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Perdana menteri berkata perkara itu disuarakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertemu dengan beliau di Yayasan Al-Bukhary, di sini semalam.

“Dalam pertemuan itu, kami bincang soal politik. Banyak soal politik. Antaranya mengenai  PAS dalam pilihan raya kecil Semenyih kali ini, ia (PAS) tidak akan menyokong parti UMNO.

“Hadi maklumkan kepada saya PAS tidak akan menyokong UMNO. Tapi ada juga pengakuan secara tertulis dan ditandatangani,” katanya selepas menyampaikan ucaptama dalam Pesta Demokrasi Kuala Lumpur 2019 anjuran Gerakan Pembaharuan Untuk Asia Tenggara (FORSEA), di sini hari ini.

Abdul Hadi semalam dilapor berkata pertemuannya dengan Dr Mahathir pada Jumaat adalah bagi membincangkan penyelarasan pentadbiran antara Kerajaan Negeri dengan Persekutuan.

Anggota Parlimen Marang itu berkata perbincangan itu turut menyentuh mengenai Wang Tunai Petroleum (WTP), Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) ​​​​​​​dan projek-projek Kerajaan Persekutuan dan Negeri agar tidak wujud sebarang percanggahan.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.