Siakap Keli

AR Badul Kena Serangan Jantung

Pelawak dan pelakon terkenal, AR Badul yang sudah berkecimpung di dalam dunia hiburan sejak 40 tahun lalu hari ini dikejutkan dengan khabar kurang baik apabila disahkan menerima serangan jantung.

Beliau yang merupakan anak kepada seniman dan lagenda filem Melayu, AR Tompel itu dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 69 popular sebagai pelawak pentas, selain membuat kemunculan dalam banyak filem seperti Panglima Badol, Tuan Badol, Oh Fatimah, Pening-Pening Lalatdan Penyamun Tarbus.

Rata-rata netizen yang turut terkejut menerima perkhabaran ini mendoakan kesihatan dan kesembuhan beliau.

Sumber: Astro Gempak

Nur Farra