Siakap Keli

Bekas Majikan Jelaskan Lelaki Hina Nabi Muhammad Tidak Lagi Bekerja Dengan Mereka

Baru-baru ini, hangat di media sosial tindakkan seorang lelaki memuat naik karikatur yang menghina Nabi Muhammad S.A.W sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen, khususnya umat Islam.

Seperti biasa, netizen pantas bertindak apabila membuat penyelidikan sebelum mendedahkan butiran-butiran peribadi lelaki berkenaan termasuklah maklumat majikannya.

Hong Kong Kim Gary Restaurant, majikan kepada lelaki berkenaan semalam memuat naik satu kenyataan yang memaklumkan bahawa lelaki terbabit tidak lagi berkhidmat dengan mereka.

”Kami ingin memaklumkan bahawa lelaki berkenaan tidak lagi berkhidmat dengan Hong Kong Kim Gary Restaurant sejak 15 September 2018 lagi. 

”Sebagai rakyat Malaysia, kami amat bertuah kerana berpeluang untuk hidup dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama. 

”Tindakkannya turut menggusarkan hati kami. Oleh itu, kami telahpun membuat laporan polis pada 18 Februari 2019, 6.08 petang di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu.

Sumber: Hong Kong Kim Gary Restaurant

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.