Siakap Keli

Bapa Beri Anak Kecil Minum Minuman Keras Ditahan

Seorang bapa ditahan oleh pihak berkuasa selepas tular video yang merakam tindakkannya memberi minum anaknya minuman keras, dalam kejadian yang berlaku di Sri Lanka.

Melalui rakaman berkenaan, suspek dirakam sedang ketawa sebelum menghulurkan muncung botol minuman beralkohol itu ke mulut anaknya. Ketika kejadian, suara rakan-rakan kepada suspek turut kedengaran.

Polis tempatan dalam satu kenyataan memberitahu ketiga-tiga rakan suspek turut ditahan kerana terlibat dalam kejadian tidak bertanggungjawab di Pantai Meegalawa itu.

Berdasarkan undang-undang di Sri Lanka, mana-mana individu hanya dibenarkan untuk mengambil minuman beralkohol apabila melepasi usia 21 tahun.

Ini bukanlah insiden pertama tindakkan tidak bertanggungjawab oleh ibu bapa menjadi tular di atas talian.

Sebelum ini, media turut melaporkan insiden seoran ibu membenarkan anaknya yang berusia 2 tahun menghisap rokok seperti orang dewasa.

Sumber: Mirror

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.