Siakap Keli

Hampir Diisytihar Bankrap, Pemuda Ini Berjaya Bangkit Jana Puluhan Ribu Ringgit Dengan Kereta Miliknya

Isu bankrupsi di Malaysia bukanlah satu isu yang baru. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2018, golongan berusia 35 hingga 44 tahun paling ramai terbabit dalam kebankrapan iaitu 34.4 peratus daripada jumlah keseluruhan. Itulah yang hampir dialami oleh Fauzi yang berusia 30 tahun. Beliau yang bertugas sebagai pegawai konsultan telah dibuang kerja kerana syarikatnya mengalami masalah kewangan.

Disebabkan itu, Fauzi telah kehilangan punca rezekinya dan dia terpaksa menanggung hutang sebuah kereta BMW 3 Series yang masih lagi belum selesai. Bukan itu sahaja, banyak lagi hutang yang gagal dilunaskan oleh Fauzi dan beliau dihujani panggilan telefon dari pihak bank hampir setiap hari supaya beliau menjelaskan hutang-hutang yang tertunggak. Sampai satu tahap beliau hampir diisytihar bankrupt.

Sehinggalah kawannya memperkenalkan kepada beliau platform Moovby dan menasihatkan Fauzi agar menyenaraikan keretanya sebagai kereta perkongsian dalam aplikasi itu. Moovby yang berkonsepkan  peer-to-peer car sharing atau lebih dikenali sebagai “Airbnb for cars” merupakan satu-satunya platform yang sesuai untuk Fauzi untuk melangsaikan sedikit demi sedikit hutangnya yang tertunggak. Pada mulanya, Fauzi agak meragui kemampuan aplikasi Moovby ini tetapi dengan teknologi tinggi dan sistem varifikasi yang mampan, mampu membina kepercayaan Fauzi terhadap aplikasi Moovby ini dan Fauzi pun mula meletakkan kereta BMW milik beliau sebagai kereta untuk disewa dalam aplikasi Moovby.

Sejak dari itu, hampir setiap minggu kereta Fauzi disewa oleh pengguna-pengguna aplikasi Moovby. Bukan sahaja pelanggan dari Malaysia malah pelancong asing juga turut menyewa kereta Fauzi menerusi aplikasi Moovby. Setelah 5 bulan berlalu, Fauzi telah berjaya melangsaikan hutangnya  yang tertunggak kepada pihak bank. Bukan itu sahaja, sehingga kini Fauzi telah berjaya menjana pendapatan sehingga puluhan ribu dengan kereta yang dulunya hampir ditarik oleh pihak bank.

Fauzi sangat bersyukur, kerana dengan adanya aplikasi Moovby ini dapat membantu beliau keluar dari belenggu masalah kewangan yang kritikal. Aplikasi Moovby ini bukan sahaja memudahkan pengguna untuk mencari kereta sewa dengan kadar sewa yang berpatutan, malah dapat membantu pemilik kereta menjana pendapatan sama ada secara sepenuh masa atau sebagai pendapatan sampingan sahaja.

Kini aplikasi Moovby sudah boleh dimuat turun di Google Play dan Apps Store untuk menyewa kereta dan jana pendapatan yang lumayan.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)