Siakap Keli

Tak Sanggup Ada Anak Sakit, Ibu Bapa Larikan Diri Tinggal Bayi Sakit Tenat Di Hospital

Meskipun telah menjalani beberapa kali pembedahan, hidup bayi berusia lapan bulan ini masih lagi dalam keadaan bahaya.

Sun Menghan yang berasal dari China ketika ini berada dalam keadaan ‘separa hidup’ di Hospital tempat dia mendapatkan rawatan. Keadaan Menghan masih belum stabil dan boleh membawa maut selagi pembedahan pemindahan hati tidak dijalankan terhadapnya. Meghan menghidapi penyakit Biliary Atresia  atau saluran hati tersumbat.

Bayi ini telah menjalani beberapa pembedahan tetapi masih tidak mampu menyembuhkan penyakitnya. Oleh kerana, kedua ibu bapanya tidak mampu membayar bil hospital yang semakin melambung, bayi ini ditinggalkan di hospital tanpa sebarang penjagaan.

Menurut sumber, ibu kepada bayi ini meminta doktor untuk berhenti merawat anaknya kerana akan melibatkan kos yang tinggi dan dia lebih rela untuk mengandung lagi daripada berhabis wang merawat bayi malang ini.

Kini, Meghan dijaga oleh nenek dan datuknya yang bertanggungjawab dan bertungkus lumus membiayai kos rawatannya.

Menurut laporan media China, kedua warga emas ini berhabis harta untuk menyelamatkan cucunya kerana mereka percaya cucunya akan kembali sembuh dan mereka tidak akan berputus asa merawatnya.

Kedua orang tua ini merasa kecewa dengan sikap anak dan menantunya yang meninggalkan bayi mereka tanpa mengambil berat tentangnya lagi.

Sumber- Dailymail UK

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar