Siakap Keli
Gambar : Noah ketika berada dalam rancangan Good Morning Britain

Luar Biasa, Kanak-Kanak Tiada Harapan Kerana Lahir Tanpa Otak Kini Mampu Hidup

Seorang kanak-kanak lelaki yang dilahirkan tanpa otak telah menunjukkan keajaiban dalam dunia perubatan setelah dia mampu hidup apabila otaknya itu ‘tumbuh semula.’

Pasangan Shelley dan Rob Wall diberitahu oleh doktor ketika Noah dalam kandungan bahawa anak mereka hanya mempunyai dua peratus otak.

Jika dia dilahirkan, Noah tidak mempunyai harapan. Dia bukan sahaja tidak mampu bercakap, melihat, mendengar tetapi tidak boleh makan.

Oleh itu doktor telah menasihatkan mereka agar menggugurkan kandungan sebanyak lima kali dalam tempoh berasingan.

Namun, walaupun begitu, pasangan ini tetap dengan pendirian mereka untuk melahirkan Noah kerana mereka percaya dengan keajaiban.

Rob berkata, jika pasangan muda yang bergelar ibu bapa menghadapi keadaan seperti mereka, mungkin ramai yang akan tertekan.

”Saya rasa kemungkinan, jika pasangan muda ditawarkan pilihan itu, mereka mungkin rasa tertekan untuk memilihnya.

”Kerana kami ibu bapa yang lebih tua, kami tahu apa yang kami fikirkan dan kami adalah orang yang berfikiran positif. Kami mahu memberikan Noah peluang untuk hidup,” katanya kepada Good Morning Britain, ITV.

Kanak-kanak itu telah dibawa ke Australia untuk menjalani rawatan pembangunan otak yang dikenali sebagai ‘neurophysics’ iaitu gabungan antara fisioterapi dan latihan kognitif.

Kini, Noah yang berusia 6 tahun telah mempunyai 80 peratus otak. Apa yang menakjubkan, daripada tidak mempunyai peluang untuk hidup dia belajar bagaimana untuk duduk tanpa bantuan.

Noah juga sedang dalam proses belajar berjalan, bermain ski dan melakukan perbuatan normal seperti kanak-kanak lain. Noah, manjadi satu bukti antara berjuta keajaiban Tuhan di dunia ini kerana berkat dari ibu bapa yang tidak pernah menyerah dengan takdir!

Sumber : Newshub

 

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.