Siakap Keli
Gambar : Dailymail UK

(Video) Pembantu Rakam Juruterbang Tertidur Ketika Kendalikan Pesawat

Satu rakaman tersebar memaparkan seorang juruterbang pesawat China Airlines tertidur di dalam kokpit ketika pesawat itu sedang diterbangkan.

Video berdurasi 30 saat itu dipercayai dirakam oleh pembantu kepada juruterbang pesawat jenis boeing 747 itu.

Juruterbang berkenaan yang dikenali sebagai Weng Jiaqi, merupakan pegawai kanan untuk China Airlines dan mempunyai hampir 20 tahun pengalaman dalam penerbangan.

Difahamkan, video itu menjadi tular beberapa hari selepas juruterbang China Airlines menamatkan mogok mereka selama 7 hari mengenai pelbagai isu seperti keletihan para jurutebang dan waktu kerja yang panjang.

Namun, tidak dapat dipastikan bila insiden ini dirakam tetapi China Airlines memberi maklum balas bahawa video itu dirakam sebelum mogok yang berlaku baru-baru ini.

Weng dikatakan antara salah seorang juruterbang senior bagi pesawat Boeing 747 dengan 20 tahun pengalaman terbang ke Tokyo, Okinawa, Seoul dan Hong Kong.

Malah, dia juga merupakan pengajar dalam bahagian simulasi di Pusat Latihan Penerbangan China Airlines.

Dia telah dikenakan tindakan disiplin oleh majikanny kerana melanggar garis panduan keselematan penerbangan.

Manakala pembantu juruterbang yang merakam insiden berkenaan turut dikenakan hukuman atas kesalahan tidak mengejutkan juruterbnag tersebut.

Pihak China Airlines berpendapat sebagai seorang yang berpengalaman, mereka sepatutnya menujukkan contoh yang baik.

Sumber : Daily Mail UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.