Siakap Keli

Lelaki Campak Syiling Pada Enjin Pesawat Kerana Mahu Dapat Nasib Baik Bakal Disaman

Sebuah syarikat penerbangan China dalam satu kenyataan akan menyaman seorang lelaki yang juga penumpangnya kerana bersalah melontar syiling pada bagagian enjin pesawat yang dinaikinya kerana inginkan nasib baik.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Lu, 28, bertindak melontar wang syiling satu Yuan yang kemudian ditemui pada bahagian enjin kiri pesawat Penerbangan Lucky Passenger, dalam kejadian yang berlaku pada 17 Februari yang lalu.

Akibat kejadian berkenaan, penerbangan dengan kod 8L9960 daripada Anqing ke Kunming tergendala untuk tujuan pemeriksaan sehingga menyebabkan syarikat kerugian sebanyak 140,000 Yuan (RM 85,136).

Lelaki berkenaan hanya berjaya ditahan selepas tujuh hari syiling berkenaan ditemui dan mengakui kesalahan tersebut.

Sekiranya syiling disedut masuk oleh enjin pesawat, bahagian penting berkenaan berisiko untuk pecah ataupun meletup sekaligus meletakkan nyawa semua penumpang dan anak kapal dalam bahaya.

Kesemua penumpang pesawat berkenaan hanya boleh bergerak menuju ke destinasi lain keesokkan harinya dengan penerbangan berbeza.

Insiden yang sama pernah berlaku pada tahun 2017 apabila seorang wanita berusia 80 tahun turut bertindak melakukan perkara yang sama. Tindakkan tersebut menyebabkan syarikat penerbangan yang dinaikinya ketika itu kerugian jutaan Yuan.

Wanita berkenaan bagaimanapun terselamat daripada sebarang hukuman disebabkan faktor umur.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.