Siakap Keli

Kejam, Lemaskan Anak Dengan Selimut Dan Bakar Angkara Berang Suami Curang

Tergamaknya hati seorang ibu apabila dia ditahan kerana didakwa atas tuduhan membunuh dan membakar anak perempuannya berusia 14 bulan. Tindakan itu semata-mata dilakukan kerana ingin membalas dendam terhadap suaminya yang curang.

Kejadian itu dikatakan berlaku di daerah Manazo, selatan Peru. Suspek yang berusia 21 tahun mendakwa mangsa jatuh dari katil dan meninggal dunia. Jadi dia mengambil keputusan menanam mayat anaknya itu berdekatan Sungai Hatun Mayu.

Pendakwaraya Guadalupe Ramirez Mittani mengarahkan polis untuk melakukan siasatan di lokasi kejadian, bagaimanapun mereka gagal menemui mayat mangsa di situ.

Selatan Peru – Mirror

Apabila polis menyoal siasat suspek sekali lagi, wanita itu akhirnya mengaku telah melemaskan mangsa dengan selimut sebelum membakar dan membuang mayatnya ke dalam silo gandum (ruang penyimpanan gandum), menurut media tempatan.

Suspek dilaporkan berbuat demikian kerana berang dengan tindakan suaminya, 24, yang dikatakan telah berlaku curang dengan rakan sekerja.

Gambar : Mirror

Polis akhirnya menemui mayat mangsa seperti yang dikatakan oleh suspek dalam keadaan mengayat hati, dibungkus dalam selimut dan dalam keadaan terbakar dalam silo gandum.

Mayat mangsa dibawa untuk bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematiannya, sementara ibunya ditahan reman sehingga siasatan selesai.

Sumber : Mirror

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.