Siakap Keli
Gambar : Mirror

AS Tawar Ganjaran RM4 Juta Kepada Sesiapa Yang Berjaya Memberikan Maklumat Di Mana Anak Osama Laden

Bukan sedikit ganjaran yang ditawarkan tetapi A$1 juta (RM4 juta) akan diberikan kepada sesiapa yang berjaya menangkap anak lelaki pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden.

Hamza Bin Laden yang kini berusia 30 tahun, didakwa berada di Pakistan, Afghanistan atau menjalani tahanan di rumah di Iran masih menjadi spekulasi selama beberapa tahun.

Hamza Laden

Dalam satu kenyataan, Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memberitahu sumber : ‘‘Program Keadilan menawarkan ganjaran sehingga $1 juta untuk maklumat yang membawa kepada identifikasi atau lokasi di mana-mana negara Hamzan bin Laden berada.”

”Hamza bin Laden merupakan anak kepada bekas pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden dan disebut sebagai ketua francais kumpulan itu.

”Sejak Ogos 2015, dia telah mengeluarkan mesej dari rakaman audio dan video menerusi panggilan internet terhadap pengikutnya untuk melancarkan serangan ke atas AS dan sekutunya.

”Dia juga mengugut untuk melancarkan serangan terhadap AS sebagai membalas dendam bagi pembunuhan bapanya oleh tentera AS pada Mei 2011,” kata kenyataan itu.

Pada Ogos lalu, menurut satu pendedahan, Hamza didakwa telah berkahwin dengan anak perempuan Mohammed Atta, ketua insiden serangan 11 September 2001 yang mengorbankan ramai nyawa.

Hamza Laden sewaktu kecil

Keluarganya turut mendakwa, Hamza telah mengambil alih tugas pemimpin kanan dalam rangkaian kumpulan tersebut bagi membalas dendam terhadap kematian bapanya yang ditembak mati semasa serangan tentera AS di Pakistan lapan tahun lalu.

Osama menjadi individu yang amat dikehendaki AS sejak tragedi serangan pengganas pada 11 September 2001 di Amerika.

Dia yang terbunuh dalam serangan tentera AS, didakwa telah dikebumikan di dalam laut.

Sumber : Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.