Siakap Keli

Anak Saudara Buat Kacau Rosakkan Koleksi Terhad Patung Figura, Tuan Rumah Tuntut RM150 Ribu Ganti Rugi

Seorang kanak-kanak disaman sebanyak hampir RM150,000 selepas merosakkan ratusan koleksi patung figura yang bernilai ribuan ringgit milik bapa saudaranya sendiri.

Kejadian itu berlaku semasa mereka sekeluarga datang menumpang di rumah lelaki itu bagi menghadirkan diri dalam upacara pengebumian nenek mereka.

Walau bagaimanapun, keadaan bertukar lebih tragis apabila lelaki itu mendapati kesemua koleksi figuranya berselerak dan patah.

Takut dengan reaksi bapa saudaranya itu, kanak-kanak tersebut memohon maaf namun lelaki itu kecewa sehingga melutut mengenangkan kesemua koleksi kesayangannya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan sekelip mata.

Seminggu selepas kejadian, lelaki itu menuntut saman rugi sehingga membuatkan ibu kepada kanak-kanak itu berang.

“Semua tu kerja budak kecil, takkan sampai ratusan ribu ganti rugi?”

Jumlah kerugian yang dituntut adalah sebanyak 4 juta yen (RM147,000) tidak termasuk 38 patung yang tidak boleh dibaiki, 41 patung edisi terhad, 9 DVD, 33 CD, 45 buah buku dan komputer serta sofa yang turut dirosakkan.

Ibu kepada kanak-kanak yang merosakkan barangan itu terdiam selepas dijelas dan ditunjukkan kesemua figura yang dirosakkan berdasarkan harga yang dijual di laman web Amazon.

Sejak dari itu, kanak-kanak tersebut dihukum dan bapa saudaranya juga tidak membenarkan sesiapa pun menumpang di rumahnya lagi.

Dalam pada itu, kejadian ini sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kedua-dua pihak ibu bapa dan anak-anak untuk sentiasa menjaga adab ketika di rumah orang lain walaupun keluarga sendiri.

Sumber: Cocomy

Nur Farra