Siakap Keli
Gambar: Halalmoney.my

Rsamai Orang Anggap Harta Pusaka Tu ‘Durian Runtuh’, Sebenarnya Kemanakah Harta Pusaka Setelah Diwarisi?

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Faraid dari segi Bahasa membawa maksud ketetapan. Manakala dalam istilah syarak Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah ditetapkan dibawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti anak, isteri, suami, ibu, bapa dan waris terdekat yang mempunyai hubungan tali persaudaraan dengan si mati.

Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak dengan segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-piutang pewaris sama ada dalam bentuk agama seperti Zakat dan Nazar ataupun segala hutang manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak.

Baru- baru ini Firdaus Shakirin telah mengutarakan pendapatnya mengenai masyarakat yang mempunyai persepsi tentang harta pusaka yang dianggap durian runtuh kepada mereka tanpa mengambil kira harta tersebut datang bersama dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh almarhum atau almarhumah.

Gambar: Majalah al-Ustaz

Menurut beliau apabila sesorang meninggal dunia, yang dibawanya hanya 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh dan solehah. Harta benda, rumah, kereta, tanah, gelang tangan, saham, semua ini akan ditinggalkan dan dinamakan sebagai harta pusaka. Sebagai umat islam, menurutnya kita mempunyai pilihan untuk mewasiatkannya kepada waris terdekat atau menghibahkan harta tersebut sebelum kita meninggal dunia dan jika kita tidak sempat untuk melakukan kedua-dua cara ini, maka harta pusaka peninggalan itu akan dibahagi secara Faraid.

Beliau juga turut mempersoalkan apakah hukum dan tanggungjawab jika menerima sejumlah harta dan wang ringgit daripada adik beradik yang telah meninggal dunia? Pada persepsi beliau masyarakat hari ini tidak memikirkan tentang tanggungjawab yang telah diamanahkan apabila mereka menerima harta pusaka yang telah difaraidkan. Apa yang lebih difikirkan oleh mereka adalah menggunakan harta ke arah pembaziran seperti melancong, membeli barangan keperluan dan sebagainya. Mereka juga tidak tahu bahawa harta yang telah ditinggalkan si mati datang dengan tanggungjawab untuk menjaga apa yang telah ditinggalkan oleh si mati.

Gambar: Great Eastern Takaful

Berapa ramaikah dia antara kita yang masih mengambil tahu dan menjaga anak-anak adik beradiknya yang telah meninggal dunia? Mengambil tahu tentang kebajikan keluarga si mati yang harus melalui keperitan, kesusahan, dan kepayahan dalam meneruskan perjuangan hidup setelah kematian orang yang sering mencari sumber pendapatan dalam kehidupan mereka. Beliau turut menasihati masyarakat agar cuba untuk mengambil tahu tentang kebajikan hidup anak-anak si mati dan membantunya selagi kita mampu kerana ianya merupakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh si mati.

 

Gambar: diggoods.com
Gambar: diggoods.com
Gambar: diggoods.com
Gambar: diggoods.com
Gambar: diggoods.com
Gambar: diggoods.com
Gambar: diggoods.com

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"