Siakap Keli

“Saya Tidak Akan Letak Jawatan” – Nazri Aziz

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Majlis Tertinggi BN untuk membuat keputusan.

Mohamed Nazri turut mengumumkan bahawa beliau tidak akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) BN Jumaat ini setelah parti-parti komponen MCA dan MIC mengugut untuk tidak akan menghadirinya sekiranya beliau hadir.

“Saya tidak akan meletakkan jawatan, saya tidak mahu orang melihat saya…sebagai telah mengabaikan BN, biarlah mesyuarat itu yang memutuskan. Saya dilantik (sebagai setiausaha agung) dan saya boleh dibuang (jawatan ditarik balik).

“Saya mahu MCA dan MIC hadir meysuarat itu dan membentangkan resolusi mereka, justeru saya ingin mengesahkan bahawa saya tidak akan hadir mesyuarat itu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat BN di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Media semalam melaporkan MCA dan MIC dalam kenyataan bersama mereka berkata Mohamed Nazri tidak sepatutnya hadir mesyuarat itu kerana pelantikannya sebagai Setiausaha Agung BN tidak mematuhi perlembagaan.

Kedua-dua parti berkata sekiranya Mohamed Nazri bersetuju untuk hadir, maka kesahihan mesyuarat itu akan dipertikaikan kelak.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata beliau menyokong penuh kerjasama UMNO-PAS dari sengenap aspek dan ia perlu diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Demi kelangsungan hidup politik UMNO dan PAS, kerjasama ini hendaklah diteruskan,” katanya.

— BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di