Siakap Keli

(Video)Nak Elak Pembaziran Dan Kecurian, Pengguna Tandas Kena Imbas Muka Dulu Untuk Dapatkan Tisu

Bagi mengatasi masalah pembaziran, kerajaan China mempunyai cara tersendiri dengan mensyaratkan pengguna tandas mengimbas muka terlebih dahulu untuk mendapatkan tisu yang disediakan.

Selain mahu mengurangkan pembaziran, pihak berkuasa di Beijing ini juga berharap kaedah moden ini dapat mengatasi masalah kehilangan tisu tandas yang dicuri oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Melalui kaedah tersebut, selepas mengimbas muka, setiap pengguna akan mendapat tisu tandas dengan jumlah yang terhad yang dikeluarkan oleh mesin khas.

Pengguna hanya boleh mendapatkan kertas tisu tambahan sekiranya mengimbas muka sekali lagi dalam selang masa 9 minit.

Langkah penyelesaian masalah secara moden ini membolehkan kadar kehilangan tisu tandas di bandar berkenaan turun dengan mendadak.

Pada awalnya, pemasangan alat berteknologi tinggi dalam kemudahan awam seperti itu tidak disenangi oleh segelintir penduduk bandar yang seringkali menjadikan antaranya tandas sebagai tempat menambah ‘bekalan’ tisu  dan sabun pencuci tangan.

Pengguna-pengguna tandas juga merungut dengan kuantiti tisu yang dikeluarkan setiap kali imbasan muka yang dibuat yang berkata ia tidak mencukupi untuk ‘menyelesaikan hajat’.

Di China, mesin pengimbas wajah bukanlah perkara asing dan ia sudah diguna pakai dalam pelbagai aspek kehidupan. Video dibawah memaparkan antara perkhidmatan yang menggunakan mesin pengimbas muka.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=foT2kCByOgs]

Sumber: The Verge

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.