Siakap Keli

Pesawat Malang Terhempas, Sekurang-Kurangnya 12 Orang Dilaporkan Terkorban

Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan terkorban dalam kejadian kapal terbang terhempas di Bogota, tengah Colombia, lewat petang semalam.

Menurut jurucakap Jabatan Pernerbangan Awam Columbia, pesawat jenis DC-3 membuat panggilan kecemasan ketika dalam perjalanan menuju ke bandar Villavicencio.

Kesemua 12 orang penumpang disahkan terkorban.

Pesawat berkenaan dikatakan dikendali oleh Perkhidmatan Penerbangan Laser dan berlepas daripada San Jose del Guaviare.

Kejadian bencana berkenaan turut mendapat perhatian daripada Presiden Columbia, Ivan Duque yang mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa.

Sumber: The New York Times

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.